Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis umum pengambilalihan baru, perluas kemampuan perkhidmatan rangkaian terurus

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities
  • Pengambilalihan terbesar Maxis, memperkuat kedudukan sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia
  • Mengambilalih MyKRIS Asia, anak syarikat operasi utama MyKRIS International Berhad, sebuah syarikat induk yang tersenarai di Bursa LEAP, dengan pengalaman 20 tahun dan bahagian pasaran yang signifikan dalam Perkhidmatan Rangkaian dan Keselamatan Terurus
  • Pengambilalihan memperluas kemampuan Maxis, terutamanya Maxis Programmable Network, membina asas 5G

Memperkukuhkan kedudukannya di pasaran penyelesaian Perusahaan, Maxis telah mengumumkan pengambilalihan terbesarnya, MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia yang menumpukan kepada Perkhidmatan Rangkaian dan Keselamatan Terurus dengan penyampaian dan sokongan Kawasan, dengan harga sehingga RM157.5 juta.

MyKRIS Asia adalah anak syarikat operasi utama MyKRIS International Berhad, syarikat induk yang tersenarai di pasaran Bursa LEAP. Pengambilalihan ini, termasuk penambahan kumpulan pakar yang terdiri daripada 70 orang jurutera dan pasukan sokongan, terus meningkatkan keupayaan Maxis terutamanya Maxis Programmable Network dan menjadi asas untuk kesediaan 5G dari Rangkaian Persendirian hingga Akses Tanpa Wayar Tetap 5G.

Dengan pengalaman 20 tahun dan reputasi yang signifikan dalam pasaran Perkhidmatan Rangkaian Terurus tempatan, MyKRIS Asia membawa pasukan pakar yang diperakui, pangkalan pelanggan yang pelbagai, aset rangkaian, dan perkongsian global dan tempatan peringkat teratas. Integrasi ini melengkapkan Rangkaian Terurus Maxis Diperakui MEF 3.0 dengan kemampuan Rangkaian Hibrid, yang menyediakan rangkaian sambungan berwayar dan tanpa wayar terbaik untuk perniagaan dan mengekalkan pengalaman kesalinghubungan optimum. Ditambah dengan kemampuan Rangkaian Sekuriti Terurus MyKRIS Asia, ini memungkinkan peningkatan ketangkasan perkhidmatan, masa ke pasaran, dan fleksibiliti penyelesaian dalam memberikan Perkhidmatan Rangkaian Terurus kepada perusahaan, yang semakin kritikal dalam persekitaran IT yang berubah dengan cepat.

"Pengambilalihan terbaru kami mengukuhkan kedudukan Maxis sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia. Yang penting, ini menunjukkan komitmen kami untuk melabur di negara dan menyokong ekonomi digital, serta membolehkan perniagaan Terus Menerajui,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

“Rangkaian dan perkhidmatan sekuriti yang dikendalikan adalah komponen penting untuk strategi transformasi digital. Dengan penyertaan MyKRIS Asia, kami berharap dapat memperluas rangkaian penyelesaian rangkaian dan kemampuan teknikal kami yang dibangun di atas Maxis Programmable Networkkami yang terbaik,”kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Pasukan pakar teknikal MyKRIS Asia yang diperakui oleh penyedia teknologi global membawa kecekapan dalam memberikan perkhidmatan menyeluruh, termasuk reka bentuk dan perundingan, pelaksanaan, pengujian dan audit, serta pemantauan dan pengurusan insiden. Ini ditambah dengan Pusat Operasi Keselamatan & Rangkaian 24x7.

“MyKRIS Asia telah mengembangkan pangkalan pelanggannya yang meluas sejak awal lagi, di pelbagai industri seperti pembuatan, perhotelan, penerbangan dan perkhidmatan untuk menjadi penyedia perkhidmatan rangkaian terurus yang terkenal hari ini. Kami gembira dapat bergabung dengan Maxis untuk memperkasakan lebih banyak perniagaan Malaysia bagi memanfaatkan teknologi terkemuka di industri dan membantu mereka mempercepat aspirasi digital mereka,” kata Chew Choo Soon, Ketua Eksekutif dan CEO MyKRIS Asia.

Pengambilalihan terbaru MyKRIS Asia ini adalah salah satu dari banyak pengambilalihan oleh Maxis dalam masa dua tahun sejak pengumuman cita-citanya untuk menjadi Penyedia Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia, termasuk Infrastructure Consulting & Managed Services Sdn Bhd (ICMS) dan Peering One Sdn Bhd untuk perkhidmatan awan profesional dan terurus dari hujung ke hujung, Audeonet (M) Sdn Bhd untuk penyelesaian Komunikasi Suara dan Bersatu, dan Inovasi Optima untuk keupayaan eDagang.

Pengambilalihan MyKRIS Asia dijangka selesai pada Q1 2022, tertakluk pada pemenuhan syarat perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya termasuk kelulusan oleh pemegang saham MyKRIS Asia.

Archives
Tags