Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis raikan semangat perayaan Kaamatan-Gawai dengan kisah benar disampaikan melalui teknologi

  • Bekerjasama dengan pencipta kandungan dalam kempen #MenuaiKisah untuk mengumpul kisah komuniti di Sabah dan Sarawak sempena Kaamatan-Gawai
  • Diceritakan oleh masyarakat Sabah dan Sarawak dalam dokumentari mini, log video dan sesi temu bual untuk berkongsi tradisi dan perspektif yang memberi inspirasi
  • Mengupayakan rakyat Malaysia untuk Terus Menerajui dengan menggunakan teknologi harian untuk berkongsi budaya dan warisan

 

Perayaan Pesta Kaamatan and Hari Gawai di Sabah dan Sarawak kaya dengan budaya dan tradisi sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki hasil padi. Sempena perayaan yang menjadi sebahagian besar masyarakat Malaysia Timur, Maxis bekerjasama dengan pencipta kandungan dan individu tempatan untuk menceritakan kisah komuniti supaya dapat bersalinghubung dan menyingkap kembali tradisi dan asal-usul mereka.

Melalui kempen #MenuaiKisah, Maxis mengupayakan masyarakat Malaysia Timur untuk mendokumentasikan dan berkongsi kisah kepentingan budaya perayaan mengguna teknologi harian, dan menafsirkan elemen perayaan dengan cara tersendiri.

“Melihat kisah cara hidup masyarakat di Malaysia Timur yang menawan menunjukkan bahawa tradisi dan teknologi patut wujud bersama dan menyokong antara satu sama lain. Melalui kempen ini, kami ingin mengupayakan rakyat untuk memanfaatkan kuasa teknologi dalam meraikan budaya dan warisan, supaya dapat dikongsikan bersama dengan lebih ramai orang, serta generasi akan datang. Maxis ingin membawa teknologi terbaik dalam menolong rakyat, individu dan negara untuk ‘Terus Menerajui’ dalam dunia yang berubah,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis.

#MenuaiKisah melalui kanta masyarakat

Maxis membawa kandungan asli dari kaca mata komuniti Sabah dan Sarawak dalam dokumentari mini, log video dan sesi temu bual dengan menggunakan teknologi harian. Dengan kolaborasi bersama Vivo, kandungan dirakam sepenuhnya melalui telefon pintar siri X60:

  • Music with the Sundatang: Pemuzik Mayabayu menggabungkan unsur warisan Kadazandusun ke dalam muziknya, yang menjadi gabungan muzik pop-perkauman sendiri. Bermain peralatan muzik tradisional Sundatang adalah salah satu caranya, termasuk mempelajari puisi Kadazandusun tradisional.
  • Remembering Rice: Ikuti jelajah selebriti Instagram Pison Jaujip, pakar makanan dan resipi asli tempatan, ke sebuah kampung untuk menceritakan kepentingan beras kepada komuniti dan perayaan tersebut.
  • Kampung from the Future: Pengarah filem komuniti Didi Nelson membawa kami ke Ulu Papar di lokasi Salt Trail Banjaran Crocker untuk melihat bagaimana komuniti Orang Asal saling berhubungan dengan alam semula jadi dan mendapat status Rizab Biosfera Dunia UNESCO.
  • Searching for Huminodun: Pelakon dan penyampai televisyen Alex Alexander yang merupakan bekas ratu cantik Unduk Ngadau bersama ibunya mencerminkan budaya matrifocal komuniti mereka. Dari legenda dewi Huminodun, mereka berkongsi teladan yang dapat dicontohi wanita moden dalam komuniti hari ini.
  • Stories of Home: Dua pasangan ibu dan anak perempuan di Sarawak berkongsi kenangan terbaik perayaan Gawai Dayak dalam sesi temu bual dengan The Rakyat Post. Mereka menceritakan perbezaan dalam cara meraikannya mengikut generasi berlainan.

Empat episod mini meneroka unsur-unsur berikut dengan lebih terperinci – resipi khas, maksud tarian perayaan, pakaian tradisional dan kepentingan ‘ngiling tikai’ atau menggulung tikar di hujung perayaan Gawai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #MenuaiKisah, sila lawati https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/menuaikisah/

Archives
Tags