Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Business perluaskan tawaran awan bersama Commvault Back-Up-As-A-Service 

  • Maxis pembekal perkhidmatan awan pertama di Malaysia menawarkan penyelesaian BaaS daripada Commvault
  • Penyelesaian unik BaaS yang beroperasi dengan modal kepercayaan sifar dan menawarkan perlindungan dari ransomware untuk memberikan ketenangan minda kepada pelanggan
  • Maxis menggabungkan teknologi terbaik buat peniaga supaya Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Keselamatan siber amat penting dan perlindungan data serta storan telah menjadi satu keutamaan untuk sebuah perniagaan. Maxis mengukuhkan posisi sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka dengan perkhidmatan awan pertama yang menawarkan Back-up Sebagai Perkhidmatan (BaaS) di Malaysia yang terbukti amat tangkas. Ia diuruskan oleh Commvault dan disimpan dalam Micosoft Azure yang mudah untuk digunakan. Ini adalah perkhidmatan perlindungan data pertama yang akan dilancarkan oleh Maxis bersama Commvault, sebuah syarikat yang terkemuka dalam pengurusan data dan maklumat.

“Melalui tawaran yang serba unik ini, kami ingin memberikan pelanggan jaminan bahawa data mereka dilindungi dan mematuhi piawaian industri. BaaS Maxis tidak memerlukan sebarang pelaburan atau pembelian perkakasan, membuatkan ia mudah buat pelanggan untuk mentransformasikan peniagaan mereka secara digital tanpa sebarang pengeluaran kos. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terunggul, matlamat kami adalah untuk membekalkan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pelanggan agar mereka sentiasa dihadapan dalam dunia yang sering berubah,” kata Claire Featherstone, Ketua Pengamalan Perusahaan Maxis.

“Penawaran Commvault BaaS direka sebagai backup, untuk simpan dan memulih data dalam awan dan Maxis adalah salah satu pembekal perkhidmatan terbaik di Malaysia. Pengumuman pada hari ini menggabungkan kedua-dua teknologi perusahaan dengan pengurusan pembekal perkhidmatan yang terbaik untuk membantu organisasi  untuk membawa perniagaan ke awan tanpa sebarang kerumitan atau risiko tadbir urus. Saya menantikan kerjasama ini, di mana kami akan memberikan pelanggan kami di Malaysia perlindungan data yang terbukti dalam bidang perusahaan,” kata Rachel Ler, Naib Presiden & Pengurus, Commvault APJ.

Pakej BaaS yang ditawarkan oleh Maxis:

  • Office 365 BaaS menyediakan perlindungan menyeluruh buat program-program Microsoft seperti SharePoint, OneDrive, Exchange, Teams, Groups dan Project Online. Sebarang dokumen atau e-mail boleh dibaikpulih sekiranya berlakunya pemadaman secara tidak sengaja, ancaman keselamatan seperti ransomware atau jurang dalam dasar pengekalan.
  • Endpoint BaaS membolehkan para pengguna untuk menyesuaikan backup secara automatik kepada komputer melalui pengoptimuman jalur lebar. Sistem keselamatan peringkat fail (file-level) boleh mengelakkan akses yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, sekiranya terdapat anomali yang dikesan, para pengguna boleh memadam fail tersebut secara jarak jauh sebelum sebarang pelanggaran.

Commvault dinobatkan sebagai sebuah syarikat terunggul buat kali kesembilan berturut-turut oleh Gartner Magic Quadrant for Data Center Backup and Recovery Solutions. Penyelesaian Commvault BaaS yang diuruskan oleh Maxis ini direka dengan pelapisan keselamatan serta dibina atas modal kepercayaan sifar untuk perlindungan daripada ransomware. Ia mengasingkan fail backup daripada sumber utamanya agar tidak akan terkesan sekiranya terdapat serangan ke atas sumber tersebut. Tambahan pula, ia juga memanfaatkan sistem keselamatan dari platfom Microsoft Azure.

Commvault menawarkan storan yang fleksibel, boleh diskalakan dan berupaya untuk beroperasi dalam masa yang singkat kerana penggunaannya yang serba mudah sekali gus menyebabkan pengurusan overhead yang berkurangan. Ia boleh didapati sebagai modal langganan buat pengguna yang mempunyai peranti berkomputer atau melalui pembelian aplikasi Microsoft Office 365 untuk perlindungan data bertaraf dunia sama ada di premis, atas awan atau pelayan hibrid.

Pelanggan yang mendaftar pakej BaaS Maxis akan  diajar secara percuma oleh pakar teknikal dan pengurusan perkhidmatan Maxis pada tahun pertama mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://business.maxis.com.my/en/cloud/endpoint-office365-backup-as-a-service/.

Archives
Tags