Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro


Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro
  • Bekerjasama dengan Pak Cu, Tok Dalang Wayang Kulit dalam sebuah filem pendek yang menggabungkan teknologi dan tradisi untuk menghubungkan cerita kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara
  • Memanfaatkan kekuatan kesalinghubungan rangkaian No.1 Malaysia dengan kemampuan sistem kamera iPhone 12 Pro untuk menghidupkan Wayang Kulit di skrin
  • Maxis komited untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis telah melancarkan filem pendek, Layar Harapan, yang meraikan teknologi dan tradisi. Mengisahkan Pak Cu, dalang Wayang Kulit, atau Tok Dalang, di Kelantan dan cucunya Adam, filem ini memperlihatkan semangat mereka untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati seni Wayang Kulit yang indah, dan peranan yang dimainkan oleh teknologi.

“Kisah Pak Cu dan tradisi Wayang Kulit menunjukkan tradisi dan teknologi saling memperkuat satu sama lain. Maxis berada dalam posisi unik di mana kita dapat memanfaatkan kekuatan teknologi dan rangkaian No. 1 kita untuk memastikan bahawa pengalaman dan seni disampaikan dengan penuh keindahannya, dan dibawa ke khalayak yang lebih luas di seluruh negara. Kami ingin memberi inspirasi kepada lebih banyak rakyat Malaysia dengan menyatukan teknologi terbaik yang akan membolehkan individu dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.

“Pada mulanya saya tidak menyangka ada pengganti bagi kraf saya, bagaimanapun, saya begitu gembira apabila cucu saya Adam, mewarisi minat terhadap seni ini . Saya berharap dia dapat meneruskan warisan ini kepada generasi akan datang. Minat terhadap Wayang Kulit semakin berkurang kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah melihat persembahan dan menghargai keindahannya. Saya percaya bahawa teknologi bukan penghalang, malah boleh menjadi saluran untuk membawa bentuk seni yang indah ini kepada lebih ramai orang dan saya gembira kerana Maxis membantu memberi kesedaran di sekitar Wayang Kulit,” kata Eyo Hock Seng (Pak Cu).

Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro
Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro

Teknologi bertemu tradisi

Layar Harapan diceritakan melalui Eyo Adam, cucu Pak Cu yang berumur lapan tahun dan juga pewaris warisan Wayang Kulit. Filem pendek menggambarkan ikatan yang kuat antara datuk dan cucu kerana cinta mereka terhadap seni tradisional, dan gabungan tradisi dan teknologi. Untuk mengembangkan filem itu, Maxis bekerjasama dengan Pak Cu, yang telah menjadi Tok Dalang selama lebih dari 40 tahun dan dinobatkan sebagai Tokoh Orang Hidup 2012 oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, serta Adam, yang berharap dia mampu membawa seni itu kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Seiring dengan perkembangan zaman, Wayang Kulit juga telah terjejas dengan pandemic COVID-19 dengan penurunan jumlah penonton. Untuk mengekalkan kisah mereka, Maxis memanfaatkan sistem kamera canggih iPhone 12 Pro Max dengan Cinema Grade Dolby Vision dan keupayaan untuk merakam suasana cahaya rendah kehidupan di layar, dan menyampaikannya kepada masyarakat yang lebih luas di seluruh negara, dikuasakan oleh rangkaian No.1 Malaysia. Dihasilkan di Kelantan, kolaborasi ini menunjukkan komitmen Maxis untuk memberikan pengalaman kesalinghubungan terbaik dan liputan rangkaian 4G untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.

Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro
Maxis lancar filem seni tradisional manfaatkan kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro

Tonton Layar Harapan di https://www.youtube.com/watch?v=ZPoCOQBpfDE dan filem di sebalik tabir di https://www.youtube.com/watch?v=0Sj4ZISa-5Y. Untuk membeli iPhone 12 melalui Maxis Zerolution, sila lawati https://store.maxis.com.my/planlist

Archives
Tags