Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis tetap komited untuk memberikan kesalinghubungan terbaik tanpa gangguan untuk pelanggan sepanjang PKP

Maxis Logo
  • Terus berkhidmat demi pelanggan di kedai dan melalui digital
  • Rangkaian mudah alih dan tetap tidak terganggu kerana pemasangan, pemulihan perkhidmatan dan peningkatan terus dilakukan
  • Menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kerajaan (PICK) melalui kesedaran program vaksinasie

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, Maxis memastikan pelanggan terus dapat menggunakan perkhidmatannya secara fizikal dan dalam talian, serta rangkaiannya tidak terganggu untuk kesalinghubungan yang berterusan.

“Kegigihan rakyat Malaysia dalam melestarikan masa-masa yang mencabar ini telah memberi inspirasi kepada kami. Di Maxis, kami tekad untuk meyokong negara dan terus memainkan peranan kami dalam mengutamakan keperluan pekerja dan pelanggan agar mereka dapat menjalankan kehidupan seharian dan bekerja tanpa gangguan dengan selamat. Kami komited untuk memungkinkan masyarakat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang selalu berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

Kedai Maxis di seluruh negara terus beroperasi seperti biasa sepanjang PKP untuk memenuhi keperluan pelanggannya dengan SOP yang ketat. Pelanggan juga boleh melayari aplikasi Maxis, Hotlink, Hotlink Postpaid untuk transaksi dan akses ke kandungan, sementara pusat panggilan perkhidmatan pelanggan juga akan tetap aktif. Kedai dalam talian Maxis juga mempunyai pelbagai tawaran yang tersedia untuk perjalanan pengguna digital 100%. Maxis TV juga telah diperbaharui dengan penyedia streaming OTT kelas dunia yang terbaik. Pelanggan kini boleh menonton dimana sahaja, pada bila-bila masa.

Rangkaian mudah alih dan tetap tidak terganggu kerana kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan terus dilakukan oleh pakar teknikal Maxis semasa PKP, kecuali di kawasan dan zon di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran Bersasar (TEMCO). Oleh kerana ramai bergantung pada kesalinghubungan berkelajuan tinggi semasa bekerja atau belajar dari rumah, Maxis juga telah meningkatkan kapasitinya dari program pengembangan rangkaian 2020. Jurutera juga berada di lokasi strategik di seluruh negara untuk menangani masalah rangkaian.

“Pendidikan juga merupakan tonggak utama dalam inisiatif masyarakat Maxis, dan kami telah meningatkan kegiatan digital untuk program komuniti unggul, Maxis eKelas untuk menyokong pembelajaran selepas waktu persekolahan. Kami menyediakan sesi YouTube Live dengan kuiz dan pembelajaran berasaskan permainan melalui portal eKelas untuk memastikan pelajar dapat meraih faedah teknologi,” tambah Gokhan.

Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah untuk pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat serta menyediakan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti melalui portal eKelas, sesuai dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Maxis juga menyokong usaha industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kesedaran mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Komuniti Internet (PIK) seluruh negara. Komuniti berhampiran PIK akan dapat memperoleh maklumat mengenai program ini, dan juga bantuan pendaftaran melalui MySejahtera. Bersama dengan industri juga, Maxis akan meningkatkan kesedaran awam mengenai vaksinasi NIP melalui peringatan dan pengumuman melalui media sosial dan SMS.

Bagi memastikan liputan yang stabil di pusat pengedaran vaksinasi, Maxis telah melancarkan Kenderaan Liputan Bergerak (MCV) di IDCC, Shah Alam dan akan dihantar ke Hospital UCSI Bandar Springhill, Lukut. Peningkatan kapasiti juga akan dilakukan di Setia City Convention Centre dan UiTM Puncak Alam.

Maxis juga aktif dalam menyokong usaha bantuan COVID-19 dan jangkauan masyarakatnya sepanjang pandemik ini. Pada akhir tahun yang lalu, Maxis telah menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk menyokong bantuan berkaitan COVID-19 melalui pengedaran 5,000 kotak makanan secara berperingkat kepada masyarakat yang terjejas. Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC / GLIC Disaster Response Network (GDRN) dalam inisiatif “To Malaysia, With Love” yang dipacu oleh SKMM.

Archives
Tags