Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Business Spark Engage serlahkan kisah kejayaan peniaga dalam perjalanan pendigitalan

Spark Joey Yap
  • Spark Engage kembali bersama ikon terkenal, Dato’ Joey Yap untuk mendorong para peniaga menerapkan perubahan semasa 
  • Mengetengahkann peranan teknologi digital dalam membantu perniagaan untuk terus kekal ketika tempoh yang mencabar
  • Membina sokongan yang kukuh bersama perusahaan dan PKS melalui penglibatan berterusan supaya mereka dapat Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Siri terkenal, Maxis Business Spark Engage kembali semula dengan ikon terkenal Dato’ Joey Yap, Pengasas dan Ketua Perunding di Joey Yap Consulting Group yang akan turut serta dalam acara virtual ini pada 16 Jun 2021. Bertemakan: Beyond Luck: How Digitalisation Kept Dato’ Joey Yap Ahead, sesi ini bertujuan untuk mendorong para peniaga untuk menerapkan perubahan dan kekal utuh ketika tempoh penuh cabaran ini melalui perjalanan digital Dato’ Yap tersendiri.

 

“Sambutan yang begitu memberangsangkan terhadap siri Spark Engage menunjukkan minat para peniaga kecil di Malaysia terhadap perbincangan dan kongsian pengajaran yang membantu mereka lebih memahami cara memanfaatkan, serta menerapkan pendigitalan dalam perniagaan. Peranan kami sebagai pemangkin pendigitalan menjadi dorongan untuk terus terlibat dengan perusahaan dan PKS melalui platform ini, supaya dapat membina sokongan dan nilai yang kukuh agar mereka dapat Terus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

 

Ketua Segmen PKS Maxis, Kevin Lee akan menyertai Dato’ Joey Yap di pentas maya Bersama juga dengan personaliti media, Julie Woon sebagai moderator. Terkenal dengan merevolusikan persepsi manusia terhadap feng shui dan metafizik Cina menggunakan teknologi, Dato’ Joey Yap akan berkongsi mengapa para peniaga perlu menerima gangguan digital dan menggunakan teknologi untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan.

 

Peserta juga akan mendapat pencerahan  berkenaan:

  • Tip-tip untuk bertahan dan berkembang maju dalam lanskap perniagaan berdasarkan pendekatan terkini Dato’ Joey Yap
  • Kepentingan menjalin hubungan dan kerjasama untuk menuai lebih banyak faedah untuk perniagaan mereka
  • Memperoleh pengajaran dari pengalaman pendigitalan Dato’ Joey Yap sejak 1999
  • Lima perkara yang boleh mengugut perniagaan pada masa kini

Layari https://www.maxis.my/PRSparkJY untuk pendaftaran dan maklumat yang lebih lanjut. 

Archives
Tags