Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis catat Q2 yang utuh selari dengan cita-cita konvergen, kekal fokus untuk menyokong negara

Maxis delivers strong Q2 in line with convergence ambitions, stays focused on supporting the nation
  • Hasil perkhidmatan meningkat 3.1% tahun ke tahun kepada RM1,988 juta
  • Pertumbuhan EBITDA yand dinormalisasi yang teguh sebanyak 6.1% dari Q2 2020 kepada RM1,011 juta 
  • PAT meningkat 5.3% dari Q2 2020 menjadi RM360 juta 
  • Umumkan dividen bersih 4 sen sesaham untuk Q2 2021

Maxis Berhad (Maxis) terus mencatatkan prestasi suku kedua yang baik dengan didorong strategi penyelesaian konvergennya, di samping memberi tumpuan untuk menyediakan kesalinghubungan dan sokongan terbaik untuk komuniti dalam persekitaran yang mencabar ini. Untuk Q2 2021, Syarikat tersebut terus menyaksikan keteguhan dalam perniagaan teras jalur lebar mudah alih dan kediaman, yang memacu hasil perkhidmatan serta pertumbuhan EBITDA dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang kukuh.

Pada suku kedua ini, Maxis menawarkan penyelesaian yang lebih inovatif untuk pelanggannya, dan mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam asas pelanggan Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid sambil mengekalkan momentum prabayar hingga pascabayar yang kuat dengan pengambilan Hotlink Postpaid yang bernilai tinggi.

Dengan semangat #KitaSapotKita, Maxis terus menyokong negara dikala pandemik dengan mengekalkan kesalinghubungan rangkaian yang kukuh dan membantu pelajar, PKS, usahawan dan komuniti B40. Dalam Q2 ini, Maxis telah mengedarkan 3,300 kotak makanan untuk komuniti di lima negeri, dengan rancangan untuk mengagihkan lebih banyak bantuan dalam enam bulan akan datang. Dalam menyokong Program Imunisasi Kebangsaan pula, Maxis telah memastikan kesalinghubungan tanpa gangguan di pusat pengedaran vaksinasi melalui peningkatan kapasiti rangkaian dan penggunaan Kenderaan Liputan Bergerak.

Maxis sebagai rakan rasmi Kerajaan dalam program Jaringan Prihatin, menawarkan subsidi untuk data dan peranti untuk membolehkan akses digital yang lebih baik untuk aktiviti produktiviti. Dengan pendidikan menjadi tonggak utama inisiatif komunitinya, Maxis juga telah meningkatkan aktiviti digital termasuk sesi langsung YouTube tambahan untuk eKelas, program komuniti utamanya, untuk menyokong pembelajaran selepas waktu sekolah.

Bagi segmen Perusahaan, Maxis terus menyokong perniagaan, terutamanya PKS dalam digitalisasi. Melalui peranannya sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi untuk geran digitalisasi PKS Kerajaan, lebih dari 12,700 PKS telah menerima geran tersebut dengan Maxis membimbing mereka melalui pengalaman onboarding digital. Maxis juga terus melatih usahawan wanita dari masyarakat luar bandar melalui program eKelas Usahawan. Sementara itu, ia melancarkan program UsahaWIRA untuk membantu PKS dan usahawan mempercepatkan pembukaan semula perniagaan dan membangunkan daya tahan untuk masa depan.

Dengan peningkatan pelanggan dan perniagaan atas rangkaiannya, capex Maxis pada suku kedua berjumlah RM180 juta, digunakan untuk menyokong pertumbuhan trafik data, serta pelaburan dalam pertumbuhan Fiber dan Perusahaan. Maxis terus memenuhi komitmennya terhadap Jalinan Digital Negara (JENDELA), dengan mencapai sasaran H1 2021 sambil mengambil langkah meningkatkan kapasiti rangkaian dan peningkatan untuk memenuhi penggunaan data yang semakin meningkat. Secara campuran, pelanggan Maxis telah menggunakan rata-rata 24.40GB sebulan, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 15.8%.

Sepanjang suku yang lalu, Maxis juga telah meraih manfaat dari rangkaian 4G dan penyelesaian digitalnya yang unik untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi dalam pasaran yang sangat kompetitif. Ini telah membolehkan Maxis mencapai skor kepuasan pelanggan yang tertinggi sehingga kini pada +64 mata.

 

Komen oleh Gökhan Ogut, CEO, Maxis:

“Dalam masa yang sukar ini, kami terus menyokong negara dengan memberikan kesalinghubungan terbaik untuk rakyat Malaysia. Walaupun kami berpuas hati dengan prestasi teguh yang telah dicapai untuk suku ini, kami tetap memberikan fokus yang berterusan dalam memastikan pelanggan - dari individu, kediaman dan perniagaan - mempunyai akses kepada penyelesaian dan perkhidmatan terbaik. Kami komited untuk melabur di Malaysia dengan mendorong penggunaan digital yang lebih besar untuk perniagaan, memperluas rangkaian kami dan membangun kemampuan dan bakat baru.


Soroton kewangan Q2 tahun ke tahun (yoy) – Q2 2021 vs Q2 2020

  • Hasil perkhidmatan yang berdaya tahan pada RM1,988 juta dengan pertumbuhan yang sihat 3.1% dari tahun sebelumnya dengan momentum strategi konvergen yang lebih baik serta sumbangan yang lebih tinggi dari perniagaan Fiber dan Pascabayar.
  • EBITDA yang dinormalisasi menunjukkan pertumbuhan 6.1% yang kuat kepada RM1,011 juta berikutan hasil yang lebih tinggi dari perniagaan Fiber dan Mudah Alih.
  • Keuntungan selepas cukai (PAT) yang kukuh dengan kenaikan 5.3% YoY kepada RM360 juta.
  • Hasil Pascabayar yang Sihat sebanyak RM1,002 juta, peningkatan 2.2% dari Q2 2020 dan pertumbuhan 7.0% YoY bagi asas pelanggan, terutamanya Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid. ARPU bulanan sihat pada RM81 walaupun lebih rendah daripada RM85 pada Q2 2020 kerana kesan pencairan daripada peningkatan pelanggan yang menggunakan Hotlink Postpaid.
  • Hasil Prabayar yang stabil sebanyak RM685 juta, menurun 0.1% YoY dan juga penurunan 0.6% YoY bagi jumlah pelanggan. Walau bagaimanapun, masih terdapat penggunaan Hotlink Prepaid Unlimited yang konsisten meskipun dalam pasaran yang merosot, kerana kejayaan usaha penjenamaan dan pemasaran pelbagai saluran yang mensasarkan pasaran yang tidak mendapat layanan sama ada B40, belia atau pekerja asing. ARPU prabayar kekal stabil pada RM38 untuk suku tersebut.
  • Mencapai saiz dan skala kritikal untuk kesalinghubungan kediaman dengan pelanggan fiber dan wayarles berjumlah 654k, pertumbuhan yang teguh sebanyak 28.5% YoY. Pendapatan Fiber meningkat 23.5% kepada RM163 juta dengan peningkatan kesalinghubungan sebanyak 18.5% YoY. Ini disokong oleh penerapan Maxis Unlimited Postpaid & Fiber dan pelan atasan, yang menjadikan ARPU kekal kukuh pada RM109. Jalur Lebar Kediaman 4G menyaksikan peningkatan ARPU kepada RM114 dan pelanggan meningkat sebanyak 70.4% terutamanya di kawasan liputan bukan Fiber yang memanfaatkan rangkaian unggul Maxis 4G / LTE.
  • Aliran tunai bebas operasi (OFCF) berjumlah RM894 juta terutamanya disebabkan oleh pembayaran sumbangan Peruntukan Perkhidmatan Sejagat.
  • Penggunaan aplikasi Maxis dan Hotlink terus meningkat dengan 61% pemegang akaun utama pascabayar menggunakan Aplikasi Maxis, sementara 75% pelanggan mudah alih prabayar menggunakan Aplikasi Hotlink.
  • Dividen interim 4 sen diumumkan untuk suku ini memanndangkan produktiviti, koleksi dan inisiatif pengurusan tunai berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dalam “pandemik norma baharu".

 

Sorotan utama untuk Q2 2021

Menambah nilai pelanggan

  • Data tanpa had di empat saluran telefon bimbit, peranti terkini dan internet di rumah dengan Maxis Family Plan yang baru.
  • Hotlink terus menarik dan memberi khidmat kepada rakyat Malaysia dengan rangkaian Maxis yang unggul, tawaran yang lebih berpatutan, hadiah hebat dan mudah didapati kepada masyarakat luas.
  • Bekerjasama dengan pencipta kandungan pada kempen #MenuaiKasih untuk menceritakan kisah perayaan Kaamatan-Gawai melalui dokumentari mini, log video dan wawancara.

Memantapkan kepemimpinan dalam penyelesaian berkumpul

  • Menerajui pengurusan secara hujung ke hujung untuk infrastruktur rangkaian MSM Malaysia Holdings di seluruh negara.
  • Penyedia perkhidmatan awan pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian Backup-As-A-Service (BaaS) yang komprehensif yang dikuasakan oleh Commvault.
  • Rakan Penyampaian Perkhidmatan Sambungan Langsung AWS yang diluluskan membolehkan Maxis menawarkan Sambungan Dedikasi dan Hosted AWS untuk pelanggannya untuk fleksibiliti dan pilihan yang lebih besar serta meningkatkan pemantauan hubungan rangkaian antara Maxis dan AWS.

Membolehkan transformasi digital bagi PKS

  • Filem Raya membeli-belah pertama di Malaysia untuk PKS mendapat pendedahan dan sokongan yang lebih besar.
  • Melancarkan Digital Marketing Starter Kit, platform pemasaran digital serba lengkap untuk memperkasakan PKS yang baru menggunakan eCommerce dan menjangkau lebih banyak pelanggan dalam talian.
  • Memperluas senarai penyelesaian yang dapat ditawarkan Maxis kepada PKS di bawah SME Digitalisation Grant dengan penambahan penyelesaian Maxis Digital Workspace baru-baru ini.

Komitmen berterusan untuk membina keupayaan teknologi

  • Keupayaan yang diperkuat sebagai penyedia penyelesaian awan sehenti, melalui pengambilalihan Peering One Sdn Bhd untuk kumpulan pakar profesional awan mereka yang kuat
  • Meningkatkan program siswazahnya untuk membolehkan para graduan mengembangkan keupayaan yang kuat dan pengalaman dalam bidang berfokus teknologi termasuk sains data dan IoT, yang bakal melengkapkan tenaga kerja Malaysia masa depan dengan kemahiran kritikal untuk ekonomi digital.
Archives
Tags