Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Berhubung dengan kami untuk pengendalian pertanyaan segera dengan kami sekarang.

Inginkan bantuan? Berhubung dengan kami sekarang.

Maxis Biggest Sale kembali dengan produk dan promosi menarik

  • Nikmati diskaun sehingga 70%
  • Telefon pintar 5G terkini dengan peranti mampu milik, tablet, dan TV pintar untuk kegunaan semua
  • Nikmati peranti terbaik dengan pelan bersesuaian untuk Terus Menerajui

Maxis Biggest Sale kini kembali dengan lebih banyak tawaran produk termasuk peranti pintar 5G, tablet dan TV pada harga yang berpatutan. Pelanggan boleh meraikan musim perayaan dengan promosi dan diskaun menarik sehingga 70% dan peranti berkontrak bersama Maxis Postpaid 98 ke atas. Tempoh jualan akan berlangsung sehingga 17 Mac 2022.

“Kami pasti Maxis Biggest Sale merupakan jualan akhir tahun yang dinanti-nantikan. Promosi kami disediakan untuk semua. Sama ada anda seorang peminat permainan video profesional, pelajar atau ingin mendapatkan sesuatu untuk keluarga, rumah atau perniagaan, anda boleh mendapatkan padanan yang sesuai di jualan kami. Dengan gaya hidup digital yang semakin meningkat, ini adalah jualan yang sesuai untuk memastikan anda Terus Menerajui,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis.

Bawa pulang peranti terbaik

  • Pilihan peranti dan produk yang luas, termasuk telefon pintar dan tablet 5G pada harga terbaik dengan pelan Maxis Postpaid 98 ke atas.
  • Nikmati peranti pada harga yang berpatutan apabila anda mendaftar dengan Maxis Home Fibre. Dapatkan TV Pintar Samsung 4K 65” pada harga RM59/bulan dan iPad 10.2” terkini pada hanya RM9/bulan dengan pelan gentian 300Mbps.
  • Nikmati diskaun sehingga 70% untuk pelbagai peranti baharu 5G, dengan pelan serendah RM0 untuk Hotlink Postpaid.
  • Dapatkan peranti percuma termasuk telefon pintar 5G dengan Maxis Business Postpaid, dan nikmati penjimatan sehingga RM6,999. Dapatkan TV UHD 65” 4K apabila anda menambah langganan Maxis Business Fibre.

Maxis Biggest Sale memberi pelanggan pilihan peranti dan rangkaian yang luas, dari Maxis Postpaid 98 ke Hotlink Postpaid, dan peranti jenama terkenal seperti Apple, Honor, Huawei, Lenovo, OPPO, Realme, Samsung, Vivo dan Xiaomi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/maxis-biggest-sale/

Archives
Tags