Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Peminat gaming boleh saksikan siaran langsung kejohanan eSports maya Hotlink dengan Team Secret dan menangi hadiah

Gaming fans can catch Hotlink’s virtual eSports tournament live with Team Secret and win prizes
  • Maxis komited untuk sokong bakat negara, serta promosikan perkembangan industri eSukan tempatan dengan memperkasa generasi gamer baru dengan rangkaian No.1 Malaysia
  • Kejohanan eSports maya Hotlink, PUBGM Liga Kampus #BikinSampaiJadi 2021, suatu inisiatif untuk menghubungkan belia universiti tempatan melalui eSukan di rumah, dengan peluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah RM65,000
  • Peminat dijemput untuk menonton siaran langsung Grand Finale dan perlawanan Team Secret, serta berpeluang untuk memenangi hadiah

Malaysia merupakan salah satu pasaran eSukan yang terbesar di Asia Tenggara dan industri ini terus berkembang, dengan lebih ramai pemain tempatan membanggakan negara di pentas dunia. Melalui kejohanan eSukan maya Hotlink, PUBGM Liga Kampus #BikinSampaiJadi 2021, Maxis meneruskan komitmen untuk menyokong bakat gaming negara dan mempromosikan perkembangan industri eSukan tempatan.

Kejohanan eSports maya bertujuan untuk menghubungkan belia Malaysia melalui permainan eSukan mudah alih popular pada rangkaian No.1 Malaysia. Grand Finale tersebut akan menyaksikan 16 pasukan teratas dari lapan universiti tempatan bersaing, diikuti dengan pertandingan langsung bersama Team Secret, pasukan tajaan Maxis. Peminat boleh menonton siaran langsung pada 7-8 Ogos, 12 tengah hari hingga 3 petang di laman Facebook Hotlink.

“Maxis bangga membantu belia mencapai impian melalui eSukan. Kesungguhan pemain yang terkenal serta yang baru bercita-cita sememangnya memberi inspirasi, dan antara mereka, wujudnya semangat #BikinSampaiJadi. Oleh itu, kami ingin menyokong mereka berbuat demikian melalui inisiatif seperti kejohanan eSukan maya kami. Dengan Hotlink, tiada batasan untuk apa sahaja yang boleh anda lakukan – dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan generasi baru pemain teratas di Malaysia,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink Maxis.

Sejak pelancaran kejohanan maya tersebut pada 12 Jun, pasukan-pasukan telah bersaing untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah RM65,000. Sementara itu, hadiah turut diberikan kepada penonton sesi siaran langsung setiap minggu sepanjang kejohanan tersebut. Semasa Grand Finale akan datang, mereka mempunyai peluang untuk memenangi barangan eksklusif Team Secret, serta hadiah menarik, seperti kerusi gaming, fon telinga tanpa wayar dan pelacak kecergasan.

Maxis dan Team Secret PUBG Mobile Malaysia meneruskan kerjasama mereka sejak dua tahun lalu. Mereka telah mencipta kandungan permainan eksklusif, untuk memupuk lebih ramai pemain Malaysia untuk bersaing di pentas dunia. Pada masa yang sama, perkongsian ini membolehkan pemain dan peminat menikmati tawaran hebat untuk pengalaman permainan terbaik, termasuk bundle peranti permainan terkini dengan Maxis Zerolution, serta pembelian dalam permainan melalui Pengendalian Bil untuk pelanggan Hotlink dan Maxis.

Tonton Grand Finale PUBGM Liga Kampus #BikinSampaiJadi 2021 di https://fb.me/e/11m4ZyTxY

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.hotlink.com.my/en/lifestyle/web/games/

Archives
Tags