Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis minta rakyat Malaysia sumbang peranti melalui kempen #MYBaikHati untuk sokong pembelajaran digital

Maxis minta rakyat Malaysia sumbang peranti melalui kempen #MYBaikHati untuk sokong pembelajaran digital
  • #MYBaikHati adalah kempen crowdsourcing peranti computer riba, tablet dan/atau telefon pintar 4G terpakai untuk pembelajaran digital dan keperluan harian komuniti B40
  • Orang ramai boleh menyumbang kepada inisiatif tersebut dengan menyerahkan peranti terpakai di 10 Pusat Maxis di seluruh negara 
  • Maxis komited untuk memberikan akses yang lebih besar ke teknologi asas untuk komuniti dan peluang memanfaatkan dunia digital

Anda mempunyai peranti terpakai di rumah? Inilah peluang anda untuk menggunakannya untuk tujuan membantu mereka yang memerlukannya. Maxis kini mengundang warga kerjanya, pelanggan dan orang ramai untuk menyumbangkan komputer riba, tablet dan/atau telefon pintar terpakai di bawah inisiatif #MYBaikHati untuk membantu merapatkan jurang pembelajaran digital di Malaysia. Anda boleh sumbang peranti di 10 Maxis Centre di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.

“Maxis berusaha untuk memberikan akses teknologi asas yang baik untuk pembelajaran dan keperluan harian terutamanya untuk pelajar dan keluarga berpendapatan rendah. Keterangkuman digital amat penting bagi kami, dan setiap orang patut berpeluang untuk memanfaatkan dunia digital untuk terus menerajui. Kami bangga menjadi sebahagian daripada usaha mulia ini, dan menyeru orang ramai untuk turut serta dalam inisiatif untuk menyumbang peranti kepada mereka yang memerlukan ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

Inilah caranya:

  1. Cari peranti terpakai/lama yang tidak lagi digunakan. Anda boleh sumbang komputer riba, tablet atau telefon pintar 4G terpakai, ataupun peranti baru.
  2. Anda boleh menyumbang peranti di Maxis Centre berikut:
    Lembah Klang Utara Selatan
    Maxis Centre KLCC
    Maxis Centre TTDI
    Maxis Centre Nu Sentral
    Maxis Centre Cheras
    Maxis Centre iCity Shah Alam
    Maxis Centre Queensbay
    Maxis Centre Prai
    Maxis Centre Ipoh
    Maxis Centre Danga Bay
    Maxis Centre Taman Molek
  3. Peranti yang disumbangkan akan diperiksa untuk memastikannya berfungsi dengan baik, tanpa kerosakan, dan dilengkapi bateri dan pengecas.
  4. Peranti akan dibaikpulih dan diset semula ke tetapan kilang, sebelum diserahkan kepada keluarga B40 melalui rakan kongsi NGO.
  5. Peranti yang tidak memenuhi syarat akan dikitar semula melalui program eWaste sedia ada.

Layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/mybaikhati/ untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menderma serta FAQ untuk maklumat lebih lanjut.

Inisiatif #MYBaikHati yang diumumkan sebelumnya oleh Kerajaan, adalah program crowdsourcing sepanjang tahun yang difasilitasi oleh industri telekomunikasi. Peranti yang disumbangkan akan diedarkan kepada pelajar dan keluarga yang memerlukan pembelajaran dan keperluan harian mereka.

Archives
Tags