Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis melancarkan filem audio 8D pertama bagi memahami apakah erti raya yang sempurna

Setiap orang mempunyai pendapat berbeza tentang erti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sempurna. Dari berkunjung ke rumah terbuka dan mencuba kuih-muih yang enak, ataupun memakai baju Raya yang baru dan sedondon dengan ahli keluarga. Ada juga yang ingin pulang ke kampung halaman dan berhubung semula dengan orang tersayang, walau jauh mahupun dekat, bagi meraikan Hari Raya di bawah bumbung yang sama.

Ketika kita melalui Syawal yang berlainan tahun ini, Maxis melancarkan filem audio perayaan jenamanya yang pertama, ‘Suasana Syawal Sempurna’, dalam Audio 8D untuk memahami apakah erti raya yang sempurna.

Web

Tutup mata anda dan hayati audio ini menggunakan fon telinga bagi mendengar Haziq, seorang budak kecil, berkongsi bagaimana kita dapat menyambut Hari Raya dengan sepenuh hati, kerana terdapat keindahan di sebalik kesusahan yang dialami. Alami filem Raya Audio 8D sekarang: 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/rayatetapraya #RayaTetapRaya

Archives
Tags