Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Kempen Hari Raya Maxis perlihat sambutan perayaan dengan kelainan yang tetap bermakna

  • Memaparkan kisah perayaan Hari Raya yang bermakna meskipun pada masa yang mencabar ini melalui narasi audio 8D yang membandingkan sambutan perayaan sebelum ini dan kini
  • Maxis memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan penggunaan teknologi, untuk tetap positif, kuat dan terus merayakan Aidilfitri dengan sepenuh hati kerana #RayaTetapRaya

Semangat perayaan rakyat Malaysia harus diteruskan, walaupun dalam masa yang mencabar. Tahun ini, Maxis mengingatkan kita tentang semangat sambutan Hari Raya yang tetap bermakna dengan pelancaran filem kempen Raya penuhnya. Filem mini ini menggabungkan filem 8D Audio pertamanya bertajuk Suasana Syawal Sempurna yang telah dilancarkan awal minggu ini. Ia menampilkan suara seorang anak muda bernama Haziq, yang mengambarkan kisah sebenar sambutan perayaan di Malaysia dari masa dulu dan kini.

“Sambil menjaga kesihatan dan mengamalkan penjarakan sosial, kita percaya rakyat Malaysia akan kekal optimis dan terus mencari cara untuk terus rapat dan kekal berhubung dengan menggunakan teknologi. Kami berharap kempen tahun ini dapat memberi inspirasi kepada semua bersama dengan orang yang mereka sayangi untuk tetap positif, kuat dan bersyukur pada masa yang sangat istimewa ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

“Bagi kempen Raya kami tahun ini, pada mulanya, kami ingin membangkitkan imaginasi pendengar untuk membayangkan sambutan Raya yang bermakna dengan cara mereka tersendiri, kerana ia berlainan dan mempunyai makna tersendiri bagi setiap individu – itulah sebabnya kami melancarkan filem 8D Audio sebagai prelud. Filem penuh ini memberi gambaran sambutan perayaan masa lalu dan kini, untuk meraikan semangat rakyat Malaysia untuk terus menyambut Hari Raya dengan rasa kasih sayang  dan penghargaan tidak kira walau apa pun keadaan yang kita hadapi, kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran, Maxis.

Gambar-gambar dalam filem itu, yang kini disertakan dengan naratif 8D Audio, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia pernah mengalami keadaan Hari Raya yang tidak sempurna sebelumnya - dari bencana alam dan berjauhan dengan orang tersayang, ke lokasi yang kurang bernasib baik dan tidak dijangka - namun tetap mengadakan perayaan yang menggembirakan dan bermakna.

Maxis juga mengumpulkan kisah-kisah positif rakyat Malaysia dalam tempoh Raya ini, bekerjasama dengan rakan media kami, untuk dipaparkan di laman web micro Raya sebagai sumber inspirasi harian. Penyebaran kisah-kisah ini adalah sebagai peringatan tentang ketabahan dan semangat yang ada dalam diri kita dalam menghadapi masa yang mencabar, dan bahawa kita masih dapat merayakan Raya dengan sepenuh hati kerana #RayaTetapRaya.

Bergabung dengan Astro dan rakan lain, Maxis juga membantu mengedarkan 9,000 paket Bubur Lambuk kepada pekerja barisan hadapan dan komuniti yang memerlukan di seluruh lokasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk meneruskan tradisi Ramadan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tonton filem untuk mengetahui lebih lanjut: https://www.youtube.com/watch?v=Q0vXGu8VBro. Anda juga boleh lawati www.maxis.com.my/rayatetapraya #RayaTetapRaya.

Raya Full Film
Archives
Tags