Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis bergerak ke fasa seterusnya untuk meningkatkan kesediaan COVID-19

  • Melaksanakan “Kerja dari Rumah” sejajar dengan nasihat pihak berkuasa kesihatan demi kesihatan dan keselamatan pekerja, pelanggan dan rakyat
  • Semua pekerja yang bekerja dari rumah telah dilengkapkan dengan kemudahan untuk meneruskan perniagaan seperti biasa, sementara mereka yang berhadapan dengan pelanggan dan memegang fungsi kritikal akan disokong dengan langkah-langkah keselamatan terbaik
  • Rangkaian mudah alih dan tetap Maxis kekal tidak terganggu berikutan langkah-langkah ini

Dalam terus mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan orang ramai, Maxis telah meningkatkan langkah-langkah mitigasi bagi penularan virus COVID-19. Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Kerajaan berkuatkuasa 18-31 Mac, Maxis akan meneruskan operasi di bawah kategori perkhidmatan penting.

Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) Maxis kini menasihatkan pekerja untuk bekerja dari rumah bermula 17 Mac. Langkah-langkah telah disediakan untuk memastikan mereka yang bekerja dari rumah akan dilengkapi sewajarnya untuk meneruskan perniagaan seperti biasa dan bagi memenuhi keperluan pelanggannya.

Pekerja yang perlu menghadapi pelanggan dan mempunyai fungsi pejabat yang kritikal akan terus melaksanakan tugas mereka dengan perubahan perpindahan dan/atau lokasi, dengan usaha sokongan maksimum untuk meminimumkan risiko termasuk:

  • Wajib untuk semua pekerja yang menghadapi pelanggan untuk memakai topeng muka di tempat kerja
  • Pembersih tangan disediakan untuk semua pekerja di tempat kerja
  • Peningkatan kekerapan pembersihan di semua premis (termasuk hujung minggu dan selepas waktu bekerja)
  • Telefon demo di semua Pusat Maxis dibersihkan setiap jam
  • Pemeriksaan suhu untuk semua kakitangan dan pelanggan yang melawat di semua pejabat utama Maxis dan pusat operasi teknikal

“Ini adalah masa yang mencabar untuk kita di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kami yakin bersama, kita akan dapat mengatasi situasi ini dengan saling bekerjasama dan mengambil tindakan dan langkah yang tepat pada masanya. Ingatan dan doa kami sentiasa untuk semua terutama mereka yang terjejas berikutan wabak ini. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu mereka yang terlibat dalam meredakan penyebaran virus ini, sambil bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan, serta pasukan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar kami dalam menguatkuasakan langkah-langkah ini serta melaksanakan apa yang diperlukan," kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

Usaha yang dilaksanakan mengikuti nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengamalkan penjarakan sosial atas kes-kes yang semakin meningkat di negara ini. Maxis terus mengawasi perkembangan virus COVID-19 dan tetap mengambil langkah berhemah dalam penjagaan kebersihan yang ketat dan akan melaksanakan prosedur baru jika perlu. Sehingga kini, tiada sebarang kes pekerja Maxis meghidap virus COVID-19. Walau bagaimanapun, Maxis akan tetap berhati-hati dalam mengambil semua langkah berjaga-jaga dengan serius untuk mengurangkan sebarang kesan.

Sebagai sebahagian daripada langkah pencegahannya, Maxis juga menahan semua acara dan perhimpunan dalaman dan luarannya sehingga notis selanjutnya, dengan acara secara maya sebagai alternatif jika perlu.

Sementara itu, Maxis memberi keyakinan bahawa rangkaian tetap dan mudah alih tidak akan terganggu masa tempoh ini. Kedai Maxis di seluruh negara akan terus beroperasi seperti biasa, dengan langkah pencegahan disediakan. Pelanggan juga boleh terus mengakses perkhidmatan melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex untuk transaksi dan akses kepada kandungan, manakala pusat panggilan perkhidmatan pelanggan juga akan terus aktif. Semua aplikasi juga dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan tambah nilai dan pembelian melalui perbankan atas talian, e-dompet atau kad kredit.

Maxis sebelum ini telah meletakkan prosedur dan langkah yang ketat untuk kepentingan pekerja, pelanggan dan orang awam, termasuk menyediakan topeng muka dan pembersih tangan untuk semua pekerja. Pemeriksaan suhu di pintu masuk ke semua premisnya, serta pembersihan yang kerap dan pembersihan yang mendalam di semua Pusat Maxis bermula di seluruh negara sejak akhir tahun 2019.

Maxis menggalakkan semua pelanggan dan orang ramai hanya merujuk maklumat dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Archives
Tags