Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis eKelas bantu tingkatkan prestasi akademik, pelajar berjaya terima Anugerah Gemilang

  • Pada edisi ketiga ini, 75 pelajar eKelas menerima anugerah geran pelajar
  • Peningkatan prestasi akademik pelajar membuktikan kemajuan program eKelas
  • Maxis terus mendorong penyertaan digital melalui eKelas dan memberi peluang kepada pelajar dari masyarakat luar bandar untuk memanfaatkan teknologi

Maxis eKelas terus maju sebagai program yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari masyarakat luar bandar. Baru-baru ini, Maxis menganugerahkan 75 pelajar eKelas yang mencapai peningkatan terbaik dalam pelajaran mereka dengan Anugerah Gemilang (anugerah geran pelajar) untuk tahun 2019, dengan bilangan penerima meningkat tiga kali ganda dari tahun lalu.

Kini, Maxis eKelas dilaksanakan di 80 Pusat Internet yang terletak di 10 negeri di Malaysia dengan 14,000 pelajar kini berhubung melalui portal eKelas. eKelas juga telah diperkenalkan di 23 buah sekolah pada tahun lalu, dengan sasaran untuk menjangkau 50 sekolah tambahan tahun ini. Maxis eKelas dijalankan di Pusat Internat Komunikasi dan Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), yang berfungsi sebagai hab digital bagi komuniti di kawasan pedalaman.

“Sejak tahun 2015, kami telah mendorong penyertaan digital melalui program Maxis eKelas kami, yang memberi peluang bagi para pelajar luar bandar untuk memanfaatkan teknologi dan menambah pengalaman pembelajaran bercampur. Kami berbangga dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam prestasi akademik mereka, yang merupakan salah satu objektif program ini. Kami berharap dapat memperluas eKelas ke lebih banyak lokasi dan sekolah untuk memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Dilancarkan pada bulan Ogos 2017, Anugerah Gemilang adalah skim Geran Pelajar di bawah program Maxis eKelas, yang bertujuan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar bagi mencapai matlamat akademik mereka. Untuk memenuhi syarat kelayakan bagi anugerah ini, pelajar eKelas, dalam peperiksaan sekolah mereka, mesti mencapai peningkatan minimum satu gred dalam dua atau ketiga-tiga mata pelajaran yang diajar di eKelas. Pencapaian ini akan melayakkan mereka untuk menerima RM600 dan RM1,200 untuk peningkatan tersebut. Pemberian wang tunai kemudian disalurkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) pelajar.

Pusat Internet Kodiang, Kedah, yang mula menyampaikan eKelas kepada pelajar di komunitinya pada pertengahan tahun 2019, merupakan salah satu Pusat Internet yang mempunyai jumlah penerima tertinggi untuk anugerah ini. Salah seorang pelajar dan penerima anugerah, Mohamad Aimin Bin Nik Mohamed dari SMK Tunku Bendahara, Kodiang, yang memperoleh 7A dalam SPM 2019, berkata, “Saya sangat berterima kasih kepada eKelas yang telah banyak membantu dalam ulangkaji dan pembelajaran saya.”

Ibu Mohamad Aimin, Puan Zainab bt Majid berkata, “Saya sangat gembira kerana Maxis memperkenalkan program eKelas kepada masyarakat kami di sini. Anak saya menyertai program ini untuk mendapat sokongan tambahan kerana dia menduduki SPM pada tahun lalu. eKelas telah membantunya untuk memahami mata pelajarannya dengan lebih baik.”

Pengiran Reoylinston anak Romingstone, seorang pelajar Tingkatan Satu yang berasal dari Kampung Quop, Kuching, dan merupakan salah seorang daripada enam pelajar eKelas dari kampung kecil tersebut yang menerima anugerah. “Saya suka belajar dengan eKelas kerana saya dapat mengadakan perbincangan dengan rakan dan mengikuti tutorial secara langsung bersama guru. Selain daripada itu, saya dapat berkongsi pengetahuan dan bertukar idea setiap kali kita membincangkan perkara dengan kumpulan saya.”

Memperjuangkan pembelajaran digital

eKelas adalah program komuniti perdana Maxis yang menumpukan kepada pembelajaran digital untuk pelajar dari komuniti luar bandar. Pelajar didedahkan kepada pembelajaran berdasarkan pengalaman melalui kombinasi tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan dan pertandingan, serta akses ke kandungan digital di portal eKelas. Maxis eKelas juga telah diakui oleh Kementerian Pendidikan sebagai satu inisiatif di bawah Highly Immersive Programme (HIP), di mana pelajar layak untuk mengumpulkan markah kokurikulum dari penyertaan mereka dalam eKelas.

Archives
Tags