Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menawarkan akses percuma selama tiga bulan pada pelan Hotlink Postpaid 60 untuk barisan hadapan penjagaan kesihatan

  • Bayaran akses percuma selama 3 bulan untuk Hotlink Postpaid 60 kepada pekerja penjagaan kesihatan di 86 hospital di seluruh negara berdasarkan siapa cepat dia dapat
  • Setiap pek SIM dilengkapi dengan 10GB data bersama 10GB YouTube tambahan percuma dan panggilan serta SMS tanpa had ke semua rangkaian
  • Maxis tetap komited untuk menyokong negara dengan keperluan kesalinghubungan

Ketika negara melalui fasa pemulihan COVID-19 dan hidup norma baharu, usaha dan dedikasi pekerja barisan hadapan penjagaan kesihatan terus dikenang. Menyedari keperluan mereka untuk terus bersalinghubungan, Maxis menawarkan promosi khusus untuk pekerja kesihatan di 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara dengan akses percuma selama tiga bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60. Setiap kad SIM yang diaktifkan dilengkapi dengan data 10GB, bersama 10GB tambahan percuma untuk YouTube dan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

“Kami menyedari dedikasi para pekerja barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan mereka untuk terus mengatasi COVID-19. Oleh itu, kami ingin menghargai usaha dan terus menyokong mereka dengan tawaran istimewa tiga bulan ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan hospital di seluruh negara untuk memudahkan penyebaran tawaran ini,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Maxis akan bekerjasama dengan hospital yang berkenaan, yang kemudian akan menyebarkan pemberitahuan promo tersebut kepada staf hospital mereda, di mana pengambilan langganan akan dilakukan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan terhad kepada 5,000 pek SIM. Kakitangan hospital yang ingin menerima tawaran hanya perlu masuk ke Maxis Centre untuk mendaftar dan mengambil pek SIM mereka. Mereka juga dapat memilih untuk terus menggunakan kad SIM setelah tamat tempoh akses percuma selama tiga bulan.

Archives
Tags