Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Kes penggunaan 5G reality maya Maxis eKelas  berpotensi  menjadi pemangkin dalam memajukan pendidikan di Malaysia

  • Pengalaman pembelajaran Maxis VR adalah satu-satunya kes penggunaan 5G dalam bidang pendidikan di bawah Projek Demonstrasi 5
  • Maxis mahu memainkan peranan lebih penting dalam menghubungkan lebih banyak pelajar dengan kandungan pembelajaran digital eKelas
  • Maxis telah lama memulakan perjalan 5G, dan komited untuk memberikan inovasi 5G terbaik demi kepentingan rakyat dan perniagaan di Malaysia

Memaparkan potensi 5G dalam pendidikan, Maxis hari ini mempamerkan kes penggunaan 5G, pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains dalam program eKelas kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Internet IOCC. Pengalaman pembelajaran VR oleh Maxis adalah satu-satunya kes penggunaan 5G dalam bidang pendidikan di bawah Projek Demonstrasi 5G di Langkawi.

Dikuasakan oleh 5G, pembelajaran VR merupakan kes penggunaan yang menarik. Kurikulum pembelajaran diserlahkan dengan mengupayakan para pelajar meneroka bahagian-bahagian sel manusia atau haiwan menggunakan tangan mereka, dengan  bimbingan guru dari jarak jauh. Pelajar dilengkapi dengan alat dengar VR yang lengkap dengan antara muka mesra pelajar yang unik, kawalan isyarat, sumber pendidikan termuat turun dan kawalan guru yang mudah digunakan. Pengalaman realiti maya memberi pelajar keupayaan untuk melihat pelbagai elemen dalam topik, dari yang mudah dan juga kompleks. Memandangkan unsur-unsur pembelajaran VR yang immersive, pelajar dapat belajar berdasarkan pengalaman yang membantu mereka dari segi pemahaman dan ingatan terhadap topik yang dipelajari.

"Kami percaya bahawa 5G mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Kami sangat gembira dengan prospek untuk meneroka peluang bagi pelajar di Malaysia melalui program eKelas kami. Kami mahu memainkan peranan penting dalam menghubungkan lebih banyak sekolah dengan kandungan pembelajaran digital kami melalui portal Maxis eKelas kami yang mantap. Terangkuman digital adalah penting dan Maxis mahu mengambil bahagian dalam memastikan manfaat teknologi direalisasikan oleh semua, "kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Selain kes penggunaan eKelas VR, Maxis mempunyai dua lagi kes penggunaan 5G di Langkawi – Fixed Wireless Access (FWA) yang mempamerkan kelajuan 5G dan sambungan ke kawasan tanpa jalur lebar berkelajuan tinggi yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), dan Pertanian Pintar, dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membolehkan pertanian ketepatan oleh Maxis NB-IoT untuk tanaman anggur.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengunaan Maxis 5G, sila rujuk kepada helaian fakta.

5G eKelas Discussion

Maxis eKelas menerajui pembelajaran digital

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah disediakan bagi pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Memberi tumpuan pada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar terdedah kepada pembelajaran pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran kelompok, pertandingan dan kandungan digital. Maxis eKelas kini disampaikan di 72 Pusat Internet yang terletak di 10 negeri di Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai lebih daripada 17,000 pelajar pada tahun 2020. Program ini dilaksanakan dengan perkongsian Maxis bersama MCMC, di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman. Maxis eKelas telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran sebagai satu inisiatif di bawah Highly Immersive Programme , di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.

Sila tonton video pengalaman realiti maya (VR) 5G untuk program eKelas di sini https://www.youtube.com/watch?v=SWVa55Kc-PY

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis eKelas, sila rujuk kepada helaian fakta.

Perjalanan 5G Maxis

Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G. Sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menilai teknologi dan menjalankan ujian demo di makmal ujiannya. Maxis telah menaik taraf rangkaian pengangkutannya untuk menyokong kelajuan gigabit dan pada masa yang sama, memajukan unsur-unsur rangkaian utamanya untuk fleksibiliti dan skalabiliti kapasiti permintaan teknologi ini.

Pada Februari tahun ini, Maxis dan Huawei telah memandatangani MoU untuk bekerjsama dalam percubaan 5G sepenuhnya. Berikutan itu, Maxis memulakan percubaan langsung 5G pertama di negara ini, di mana ia mencatatkan kelajuan muat turun hamper 3Gbps. Maxis juga mengambil bahagian dalam pameran #5GMalaysia MCMC di Putrajaya yang telah menunjukkan kebolehan 5G dalam membantu kerajaan dan syarikat membuat keputusan. Pada bulan Oktober, Maxis dan Huawei menandatangani satu perjanjian penting bagi peruntukan rangkaian 5G, satu peristiwa penting bagi peruntukan perjalanan 5G Maxis dalam menyampaikan inovasi terbaik dan bermanfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia. Pada bulan November 2019, Maxis melancarkan demo kes penggunaan pertama di aquariaKLCC, yang mempamerkan pengalaman Augmented Reality (AR) bersama kehidupan marin.

Archives
Tags