Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis pamer keupayaan spektrum C-band, capai kelajuan puncak 3Gbps

  • Maxis memperoleh kelulusan SKMM bagi ujian di dua tapak di Subang Jaya selama 2 bulan
  • C-band akan menawarkan potensi penuh 5G
  • Maxis terus memacu perkembangan 5G dengan komitmen untuk menyampaikan inovasi 5G terbaik bagi manfaat rakyat dan perniagaan di Malaysia

Setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk percubaan 200MHz spektrum C-band 3.5GHz, Maxis telah Berjaya mencapai 2.96Gbps untuk kelajuan puncak pengguna tunggal, mencatatkan rekod tinggi baru di dua tapak percubaan di Subang Jaya baru-baru ini. Rekod ini mengukuhkan kedudukan Maxis di barisan hadapan sebagai peneraju teknologi dalam pembangunan 5G negara.

Dua jenis ujian telah dijalankan. Pertama, Agregasi Pengangkut (CA) Radio Baru (NR) 5G bagi mempamerkan kelajuan puncak pengguna tunggal. Ini diikuti dengan ujian 5G MU-MIMO (multi-user MIMO) untuk mempamerkan kelajuan puncak sel tunggal berdasarkan penggunaan oleh ramai pengguna pada masa yang sama.

Ujian ini adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan pada tahun 2019 dengan SKMM bagi menyelenggara, membangun, dan memupuk kes-kes penggunaan 5G dalam persekitaran hidup terkawal. Terdahulu, syarikat telekomunikasi yang menyertai projek ini hanya diberikan 100Mhz setiap spektrum C-band, dengan kelajuan muat turun dari 1.1 hingga 1.76Gbps.

 “Kami gembira dengan prestasi positif di tapak percubaan kami. Maxis akan terus menaik taraf rangkaian pengangkutan untuk menyokong kelajuan gigabit yang kuat dan sesuai dengan permintaan kapasiti teknologi baru. Rekod baru ini menggariskan kepimpinan 5G kami dan kesinambungan banyak perkara yang telah dicapai Maxis setakat ini. Kami berharap dapat menyerlahkan lebih banyak kemungkinan 5G untuk pengguna dan perniagaan di Malaysia,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat, Maxis.

Dengan latensi rendah, sambungan yang lebih kuat dan dipercayai, kelajuan 5G akan membolehkan pengalaman pengguna yang unggul dan keupayaan besar-besaran untuk merevolusikan era baru komunikasi mudah alih. Pengguna boleh memuat turun media pada kelajuan lebih pantas dan melayari video dalam 4K, dengan resolusi lebih baik dan dekat pada masa nyata berbanding apa yang boleh dicapai hari ini. 5G bertujuan untuk menyokong sambungan peranti besar-besaran dan membolehkan kediaman dan bandar pintar untuk meningkatkan kehidupan seharian. Bagi perniagaan, 5G akan membuka peluang baru untuk merevolusikan industri semasa seperti bidang kesihatan, peruncitan, pertanian, pembuatan dan sebagainya.

Perjalanan 5G Maxis

Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G. Sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menilai teknologi dan menjalankan ujian demo di makmal ujiannya. Maxis telah menaik taraf rangkaian pengangkutannya untuk menyokong kelajuan gigabit dan pada masa yang sama, memajukan unsur-unsur rangkaian utamanya untuk fleksibiliti dan skalabiliti kapasiti permintaan teknologi ini.

Pada Februari tahun ini, Maxis dan Huawei telah memandatangani MoU untuk bekerjsama dalam percubaan 5G sepenuhnya. Berikutan itu, Maxis memulakan percubaan langsung 5G pertama di negara ini, di mana ia mencatatkan kelajuan muat turun hamper 3Gbps. Maxis juga mengambil bahagian dalam pameran #5GMalaysia MCMC di Putrajaya yang telah menunjukkan kebolehan 5G dalam membantu kerajaan dan syarikat membuat keputusan. Pada bulan Oktober, Maxis dan Huawei menandatangani satu perjanjian penting bagi peruntukan rangkaian 5G, satu peristiwa penting bagi peruntukan perjalanan 5G Maxis dalam menyampaikan inovasi terbaik dan bermanfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia. Pada bulan November 2019, Maxis melancarkan demo kes penggunaan pertama di aquariaKLCC, yang mempamerkan pengalaman Augmented Reality (AR) bersama kehidupan marin.

Kolaborasi terkini ialah kerjasama Maxis dan Celcom dalam menandatangi MoU untuk meneroka potensi perkongsian yang membolehkan kedua-dua telekomunikasi untuk meneroka kemungkinan peluang perniagaan berkaitan dengan bidang strategic utama 5G, serta penggunaan infrastruktur 5G Malaysia yang cekap bagi menyokong perkembangan selanjutnya daripada ekosistem digital negara.

Archives
Tags