Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis dan Microsoft mempercepatkan penggunaan penyelesaian digital inovatif untuk perniagaan di Malaysia

  • Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia melancarkan pakej nombor talian tetap melalui Microsoft Teams Unified Communications, yang membolehkan panggilan suara dari mana-mana tempat pada bila-bila masa merentasi pelbagai peranti
  • Perkongsian memanfaatkan gabungan kekuatan kedua-dua organisasi untuk menyediakan penyelesaian digital yang menarik bagi perniagaan di Malaysia melalui tiga bidang utama untuk mempercepatkan penggunaan penyelesaian digital inovatif
  • Perkongsian ini mempercepatkan perjalanan Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian terkemuka di Malaysia bagi Enterprise, Kerajaan dan PKS

Sejajar dengan cita-cita untuk menjadi penyedia ICT dan penyelesaian utama bagi pelanggan Enterprise, Maxis dengan bangga mengumumkan kerjasamanya dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd melalui Memorandum Persefahaman (MoU), yang menggunakan kepakaran, teknologi dan keupayaan masing-masing untuk mewujudkan penyelesaian digital inovatif untuk organisasi di Malaysia. Pada masa yang sama, kolaborasi itu menjadikan Maxis syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menawarkan panggilan suara talian tetap dengan komunikasi bersepadu Microsoft Teams, sebagai sebahagian daripada penyelesaian Modern Workspace Microsoft.

MoU akan melihat kedua-dua pemimpin ini bekerjasama dalam tiga bidang utama, yang mensasarkan perusahaan komersial dan sektor awam.

Pertama, kepimpinan Maxis dalam IoT dan 5G, dan teknologi Azure IoT canggih Microsoft akan membolehkan industri untuk membina utiliti pintar dan aplikasi lain yang berkaitan. Ini akan memacu pertumbuhan ekonomi dan digitalisasi di Malaysia ke arah bandar pintar, di setiap bandar.

Kedua, perkongsian ini juga akan memanfaatkan perkhidmatan awan Microsoft Azure dan Azure Stack untuk meningkatkan perkhidmatan awan Maxis dan memenuhi keperluan hibrid awan perniagaan di Malaysia. Cita-cita Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian sehenti bagi penyelesaian IoT untuk perniagaan adalah hasil penting kerjasama ini. Perniagaan akan dapat mewujudkan aplikasi IoT perindustrian yang lebih baru dan analisis data untuk menyelesaikan masalah perniagaan dan keperluan pasaran.

Ketiga, Maxis akan menggunakan penyelesaian Modern Workplace Microsoft, termasuk Microsoft Teams, memberikan keupayaan dan fleksibiliti pekerja mereka untuk mengintegrasikan kerja, kehidupan dan keluarga mereka. Ini termasuk keupayaan dan proses untuk bekerja dari mana saja dengan sambungan rangkaian, pada masa yang sesuai untuk pekerja dan perniagaan merentas pelbagai peranti. Ia membawa manfaat kepada perniagaan dari segi peningkatan produktiviti, pengalaman bekerja yang didorong bermatlamatkan pencapaian keputusan , mengurangkan masa terperap di meja mereka dan akhirnya, memberi lebih masa berkualiti dengan orang tersayang. Maxis akan menggunakan perjalanan transformasi dalaman mereka sebagai demonstrasi penerapan budaya Modern Workplace, untuk memberi inspirasi kepada perniagaan dan organisasi untuk mengamalkannya.

"Salah satu tonggak penting dalam perjalanan dan cita-cita konvergen kami ialah dengan menjalin perkongsian strategik bersama syarikat yang terbaik dalam industri untuk memberikan lebih banyak nilai kepada perniagaan di Malaysia. Dengan IR4.0 yang semakin menuntut ketangkasan untuk tenaga kerja moden, perkongsian kami dengan Microsoft datang pada masa yang kritikal. Penyelesaian berasaskan awan membolehkan tahap kerja dan kolaborasi yang baru, seterusnya menjadi pemacu penting dalam mempercepatkan perubahan landskap perniagaan yang pantas berkembang, "kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Enterprise, Maxis.

“Selama lebih 30 tahun, Microsoft telah bekerjasama dengan Malaysia dan negara lain di rantau ini untuk membolehkan perniagaan, kerajaan dan rakyat menggunakan inovasi dan transformasi digital. Menurut kajian oleh Microsoft dan IDC, transformasi digital akan menambah anggaran AS $10 bilion kepada GDP Malaysia menjelang 2021. Kami sangat teruja untuk menyertai perkongsian ini dengan Maxis, dengan harapan dapat mendorong perniagaan Malaysia untuk mempunyai akses kepada penyelesaian inovatif seperti awan, IoT dan 5G,” kata Nate Harris, Pengurus Besar untuk Cloud, Microsoft, Asia Pacific.

Turut dimasukkan di dalam MoU, Microsoft akan berkongsi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang teknologi IoT dan Cloud, untuk mempelbagaikan aplikasi penawaran Maxis dalam bidang pembangunan bandar pintar, utiliti pintar dan penyelesaian lain yang berkaitan.

Tawaran converged Maxis dibina di sekitar cadangan penawaran "Always On", yang memanfaatkan rangkaian Tetap dan Mudah Alih yang unik. Maxis mempunyai visi untuk membantu perniagaan untuk berjaya, sama ada besar atau kecil, merentas segmen utama, dengan memudahkan dan memperbaiki cara mereka bekerja. Teknologi dan penyelesaian digital yang inovatif disampaikan melalui rangkaian yang disatukan dengan memastikan pengalaman tanpa batasan atau kebimbangan yang boleh dinikmati sebagai perkhidmatan.

Archives
Tags