Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Celcom, Digi, Maxis meterai MoU bagi meneroka kolaborasi gentian di stesen pengkalan untuk menyokong peningkatan kapasiti rangkaian mudah alih dan persediaan ke arah 5G

  • Ketiga-tiga syarikat meneroka keupayaan sumber masing-masing untuk melaksanakan rangkaian gentian yang lebih luas dan efisyen
  • MoU adalah inisiatif industri dalam menyokong cita-cita NFCP Malaysia
  • Juga langkah penting dalam mengoptimumkan pengalaman hubungan 4G selari dengan persediaan untuk pelaksanaan 5G di Malaysia

Celcom, Digi, dan Maxis telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk meneroka pembangunan bersama bagi infrastruktur gentian dalam melaksanakan ‘backhaul’ gentian dan pelaksanaan gentian ke stesen pengkalan di negara ini. Ia akan menambah baik hubungan 4G di seluruh negara dan selari dengan sasaran NFCP oleh kerajaan.

MoU tersebut memperlihatkan tiga syarikat telekomunikasi tersebut bergabung kepakaran dalam merekabentuk, membangun, mengagih, mengendali dan menyelenggara infrastruktur gentian mereka di seluruh negara. Ia juga menilai cara-cara terbaik untuk syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur gentian sedia ada, dan menetapkan pertukaran dan binaan yang serupa pada masa kini.

MoU tersebut juga adalah langkah yang penting ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk pelaksanaan 5G. Untuk memastikan apa yang bakal ditawarkan oleh 5G dapat dicapai, infrastruktur gentian yang padat dan lebih utuh diperlukan bagi mencapai petunjuk prestasi utama 5G, iaitu; kependaman rendah, kelajuan data yang tinggi, kebolehpercayaan ultra-tinggi, dan kapasiti dalam menguruskan lebih banyak peranti yang terhubung.

Petikan: Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom:
“Kami percaya bahawa kolaborasi adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan dalam membina ekosistem yang lebih mampan. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan inisiatif ini untuk meneroka sumber kolektif aset yang berpotensi membawa kepada gabungan bersama yang lebih kukuh bagi perkhidmatan kami. MoU ini juga akan meneroka langkah terbaik dalam melaksanakan penambahbaikan rangkaian yang lebih efisyen kosnya, mengelakkan sebarang duplikasi dalam pembinaan infrastruktur, seterusnya memperluas landskap kesalinghubungan negara, dan memberi faedah kepada rakyat dengan menikmati produk dan perkhidmatan yang paling tinggi nilainya.”

Petikan: Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif, Digi:
“Kami sentiasa melihat usahasama sebagai cara ke hadapan yang positif bagi menyediakan kesalinghubungan yang mampu dinikmati dan meluas bagi rakyat Malaysia; dan ada antara inisiatif perkongsian ini telah berjalan hampir sedekad lamanya. MoU ini adalah lanjutan daripada kejayaan kerjasama yang terjalin dengan Celcom bagi pelaksanaan gentian, dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kedua-dua pihak bagi memastikan penyediaan pengalaman pelanggan yang lebih baik di seluruh negara.”

Paul McManus, Chief Enterprise Business Officer, Maxis

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:
“Ini merupakan langkah ke hadapan yang amat positif dalam menyediakan akses yang menyeluruh ke pekan-pekan dan bandar-bandar di negara ini, serta satu lagi contoh perkongsian pintar dalam mencapai cita-cita dan sasaran NFCP oleh kerajaan. Kami berbesar hati untuk bekerjsama bagi meneroka apa yang kami mampu sediakan bersama dari segi sumber dan kemahiran, yang mana ia akan dapat memberikan faedah kepada kesemua pengguna dan perniagaan di Malaysia.”

Archives
Tags