Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis lengkapkan makmal komputer dengan komputer untuk pelajar mulakan pembelajaran digital sempena Festival Cahaya

Maxis equips computer labs with desktops for students in conjunction with Festival of Lights
  • Beberapa buah komputer telah disumbangkan kepada MySkills Foundation, sebuah firma sosial dan SJK (T) Kuala Kubu Bahru

  • Komputer membolehkan sekolah untuk mengadakan pembelajaran ICT untuk pelajar dan para guru

  • Sumbangan selari dengan minat berterusan Maxis dalam pendidikan

Sempena musim perayaan Deepavali baru-baru ini, Maxis telah melengkapkan makmal komputer MySkills Foundation, sebuah firma sosial yang menyediakan kemahiran hidup dan vokasional, dan SJK(T) Kuala Kubu Bharu dengan komputer untuk membantu pembelajaran ICT mereka. Komputer telah diberi dan dipasang oleh dua kumpulan kecil sukarelawan Maxis yang juga merupakan Maxperts sambil mematuhi SOP PKPB. Pelajar dan guru amat gembira mendapat bimbingan Maxperts untuk memasang komputer yang dilengkapi dengan WiFi selama setahun yang akan mereka gunakan di makmal computer mereka.

"Kami gembira kerana kedua-dua institusi ini bersemangat untuk merebut peluang memanfaatkan ICT bagi kelas mereka, dan kami berbesar hati dapat memberikan apa yang mereka perlukan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar tesebut," kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

"Sumbangan Maxis telah merealisasikan visi kami untuk memperkasakan para belia kami yang berisiko dengan kemahiran digital yang dicari oleh para majikan supaya mereka memiliki peluang yang sama untuk mendapat pekerjaan yang baik," kata Devasharma Gangadaran, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MySkills.

Cik Kalaikogila, Guru Penolong Kanan SJK (T) Kuala Kubu Bharu berkata, “Kami bernasib baik kerana makmal komputer kami dilengkapi dengan desktop yang lebih baru. Kini, guru dan pelajar tidak sabar untuk menyambung semula kelas ICT apabila selamat untuk kembali ke makmal kelak kerana ini adalah salah satu mata pelajaran kegemaran mereka."

Maxis equips computer labs with desktops for students in conjunction with Festival of Lights

Khidmat masyarakat Maxis amat mementingkan pendidikan, sama ada untuk memberi akses untuk pembelajaran digital untuk komuniti, bengkel pemasaran digital bagi pengusaha mikro atau kesedaran keselamatan siber bagi kanak-kanak. Program komuniti utama syarikat, eKelas, bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di masyarakat luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini untuk pelajar dari Sekolah Rendah 6 hingga Tingkatan 5 membawa kandungan pendidikan berkualiti dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat, sesuai dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. eKelas dikendalikan di sekolah dan Pusat Internet MCMC yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan yang kurang ditembusi liputan rangkaian. Program ini telah diakui oleh Kementerian Pendidikan sebagai inisiatif di bawah “Program Imersif Tinggi” (Highly Immersive Programme), di mana para pelajar layak untuk mengumpulkan markah kokurikulum dari penyertaan mereka dalam eKelas.

Archives
Tags