Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis mencetuskan innovasi 
dengan Business SPARK Summit 
2019

 
  • Maxis Business SPARK Summit bakal diadakan pada 31 Oktober di EQ Hotel, Kuala Lumpur
  • Sidang kemuncak ini membawa bersama penceramah antarabangsa dan pakar industri bagi memberi inspirasi, melibatkan diri dan memperkasakan peserta dengan pandangan bermanfaat mengenai teknologi dalam era Industri 4.0
  • Maxis kekal komited untuk menyokong inisiatif transformasi digital selaras dengan agenda ekonomi digital kerajaan.

Maxis bakal menganjurkan Maxis Business SPARK Summit 2019 yang pertama bagi meningkatkan kesedaran dan pelaksanaan inisiatif transformasi digital di seluruh negara. Sidang kemuncak ini yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober 2019 di EQ Hotel, dijangka akan menarik pakar industri dan pemimpin perniagaan dari badan korporat, kerajaan dan perniagaan SME, dalam memberikan pandangan mengenai gangguan kemajuan pesat dalam teknologi perniagaan yang semakin berkembang dengan gaya hidup digital masa kini.

Paul McManus, Head of Enterprise, Maxis
“Transformasi digital merangkumi pemahaman teknologi yang mendalam, serta perkongsian untuk mencapai matlamat yang sama. Dengan gangguan digital di seluruh industri, organisasi perlu bekerjasama bagi mempercepatkan usaha transformasi mereka. Sidang kemuncak ini dianjurkan dengan harapan dapat mewujudkan lebih banyak kesedaran tentang potensi teknologi yang boleh dilakukan dalam perniagaan, serta memberi inspirasi kepada para peserta melalui barisan tokoh perniagaan dan penceramah jemputan,” kata Paul McManus, Pegawai Perniagaan Ketua Perusahaan Maxis.
 
Lebih 20 penceramah dan ahli panel dari syarikat tempatan dan multi-nasional terkemuka bakal memberi pandangan bermanfaat bagi era teknologi pantas. Perbincangan panel yang akan diadakan meliputi transformasi digital melalui kerjasama pintar dalam bidang Internet of Things (IoT) & Industri 4.0, Komputasi Awan, 5G, Data Terbuka & Kepintaran Buatan (A.I.), Mobiliti, Rangkaian dan Keselamatan.
 

Futuris dan Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow, Mike Walsh juga bakal menyampaikan ucapan bertajuk ‘Transformasi 2030 dan seterusnya’. Beliau merupakan pengarang buku terlaris, ‘The Algorithmic Leader’ dan penasihat bagi beberapa organisasi terbesar dunia dalam transformasi digital dan gnagguan innovasi dalam era kecerdasan mesin.

Sidang kemuncak ini juga menampilkan pameran rangkaian dan penyelesaian pintar bagi membincangkan idea dan peluang oleh pemimpin utama industri dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), AWS, AirAsia, Cisco, Huawei, IBM, Microsoft, Petronas, Samsung, Vodafone, General Electric, RHB, Shell dan lain-lain.

Maxis telah menapak ke hadapan dalam membentuk dan mempercepatkan penggunaan teknologi perniagaan sejajar dengan agenda ekonomi digital kerajaan. Inisiatif utama yang menggariskan komitmen ini termasuklah perkongsiannya dengan MDEC dalam pembangunan ekosistem IoT, Cisco bagi rangkaian perisian tetap dan percepatan 5G negara bersama Huawei.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Maxis Business SPARK Summit dan pendaftaran,
lawati maxis.com.my/sparksummit.

Spark Summit Date and Venue
Archives
Tags