Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperluaskan jejak fiber di Malaysia Timur dengan kerjasama CT Sabah

 
  • Maxis dan CT Sabah bekerjasama untuk akses Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)    
  • Maxis mempunyai akses penuh kepada rangkaian fiber optik CT Sabah, yang akan membolehkan penawaran pelan jalur lebar yang berpatutan untuk lebih banyak kediaman dan perniagaan di negeri Sabah
  • Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan untuk Maxis dalam memenuhi matlamat konvergennya

Maxis dan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. (CT Sabah) akan bekerjasama untuk menyediakan akses lebih luas kepada kesalinghubungan fiber kepada rakyat dan perniagaan di Sabah melalui penyediaan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Sebagai lambang kerjasama mereka, kedua-dua pihak pada hari ini bertukar Perjanjian Akses yang telah dilaksanakan dengan sewajarnya. YB Datuk Dr. Haji Jaujan Bin Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, hadir untuk menyaksikan majlis pertukaran perjanjian tersebut. Mewakili pihak Maxis pula adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut, manakala CT Sabah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nazaruddin Bin Abdul Rahim.

Turut bersama mengiringi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ialah YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis dan Encik Ahmad Rizal Hj Dahli, Pengerusi CT Sabah.

Turut bersama mengiringi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ialah YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis dan Encik Ahmad Rizal Hj Dahli, Pengerusi CT Sabah.

Mengenai kerjasama ini

Melalui kerjasama ini, Maxis akan mempunyai akses penuh kepada rangkaian fiber optik CT Sabah, yang membolehkan sambungan langsung untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pengguna pada kadar yang menarik. Ini akan membolehkan Maxis menawarkan pelan fiber yang sedia ada kepada lebih banyak lagi kediaman dan perniagaan di negeri tersebut. Bermula 1 November, lebih ramai rakyat Sabah yang menduduki kawasan yang mempunyai infrastruktur fiber optik CT Sabah akan dapat menikmati pelan fiber Maxis pada harga yang berpatutan dengan pengalaman peribadi yang tidak ditandingi.

Memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan CT Sabah, Maxis juga akan mendapat akses kepada teknologi perkakasan dan perisian terkini dengan sistem pemantauan rangkaian 24 jam/7 hari. Di samping itu, Maxis akan mendapat akses kepada kakitangan sokongan teknikal CT Sabah yang berdedikasi dan kompeten untuk membantu pelanggan dalam pengurusan rangkaian, dengan purata Min Masa untuk Pulih (MTTR) dalam masa dua jam.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, bagi pihak YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah:

“Kerjasama di antara pembekal perkhidmatan adalah penting untuk kejayaan pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Dengan meluaskan akses kepada kesalinghubungan jalur lebar, lebih ramai pengguna dan perniagaan di Sabah dapat memanfaatkan Internet untuk mewujudkan peluang-peluang yang lebih baik yang boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi digital kita. Saya gembira melihat kerjasama antara pembekal perkhidmatan dalam membina persekitaran yang lebih baik dan kesalinghubungan yang berpatutan, terutamanya bagi jalur lebar fiber. Ia tepat pada masanya dan amat diperlukan ketika kita maju ke hadapan untuk merealisasikan potensi baru untuk Sabah.”

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis:

“Kami di Maxis mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen yang ulung di Malaysia, dan kami mempunyai peranan penting dalam memacu penggunaan jalur lebar yang lebih luas dan telah pun membuat pelaburan yang ketara di kawasan ini. Kerjasama kami dengan CT Sabah adalah satu lagi langkah signifikan dalam memenuhi matlamat konvergen kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada CT Sabah kerana membantu kami merealisasikan ini, bukan hanya untuk Maxis, tetapi untuk rakyat dan perniagaan di Sabah apabila kami melancarkan pelan fiber yang menarik untuk lebih banyak rumah dan perniagaan di sini.”

Nazaruddin Bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif CT Sabah:

“Sebagai penerajuu penyedia infrastruktur dengan rangkaian fiber optik yang paling luas di Sabah dan Labuan, kami komited untuk bekerja rapat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk membolehkan mereka memperluaskan liputan mereka di seluruh negeri. Matlamat kami adalah untuk menyediakan platform di mana pembekal perkhidmatan boleh menawarkan kelajuan Internet yang lebih tinggi pada harga yang menarik kepada para pengguna. Kami yakin bahawa kerjasama yang berterusan dengan Maxis akan memberi manfaat kepada para pengguna fiber di Sabah, di mana lebih ramai komuniti boleh mengharapkan faedah kesalinghubungan digital, dan menikmati pelan-pelan nilai bertambah yang menarik daripada Maxis.”

Kisah jalur lebar fiber Maxis

Ogos 2018 merupakan bulan yang penting bagi Maxis kerana syarikat menjadi penggerak pertama melalui kempen Fibrenation. Dalam menawarkan pelan jalur lebarnya pada harga yang paling berpatutan dan tanpa risau sehinggi 65% lebih murah daripada tawaran-tawaran sebelum ini, ia memulakan satu era baharu bagi perkhidmatan jalur lebar fiber yang boleh diakses dan mampu milik untuk lebih banyak lagi kediaman dan perniagaan di Malaysia. Sambutan yang menggalakkan terhadap kempen ini terus melihat momentum yang kuat sampai hari ini. Berikutan itu, Maxis meningkatkan pengalaman fiber lagi pada bulan April tahun ini dengan memperkenalkan tiga kelajuan Internet baru – iaitu 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps – untuk para pengguna dan perniagaan.

Pada Disember 2018, Maxis telah menandatangani Surat Persefahaman dengan SACOFA untuk Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sarawak. Sejak itu, Maxis dan SACOFA telah menandatangani perjanjian akses, setelah Maxis melancarkan pelan fibernya yang sedia ada kepada lebih ramai rakyat Sarawak. Perjanjian dengan CT Sabah adalah Perjanjian Akses HSBB ketiga yang signifikan yang ditandatangani oleh Maxis selepas perjanjiannya dengan TM dan SACOFA.

Untuk maklumat lanjut tentang jalur lebar fiber Maxis, sila layari www.maxis.com.my/fibrenation

Signing
Archives
Tags