Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pelancaran Maxis TV disertai pas VOD tanpa-bimbang untuk filem & rancangan TV premium

  • Pas video-on-demand (VOD) – Pilihan fleksibel dengan pas 1 hari, 7 hari dan 30 hari dari hanya RM 3/hari.
  • Penstriman tanpa bimbang – Dapatkan akses kandungan dan data percuma untuk penstriman video.
  • Senang meneroka dan membeli kandungan– Cari dan beli pas VOD dari aplikasi MyMaxis, Hotlink dan Flex.

Dalam era internet berkelajuan tinggi dan telefon pintar, serta penggunaan video-on-demand (VOD) yang semakin popular di seluruh Malaysia, Maxis telah melancarkan MaxisTV, sebuah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandung video premium dari filem ke rancangan TV yang berpatutan dan fleksibel untuk semua. Platform sehenti ini mudah diakses melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex, membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja, bila-bila dan di mana jua.

Pas VOD bermula dari RM 3/sehari dibundel dengan data dan pilihan kandungan meliputi kegemaran pelanggan termasuk Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan Melayu. Pembelian pas VOD Maxis TV adalah mudah –dengan mengenakan caj ke  bil Maxis atau kredit Hotlink anda.

“Rakyat Malaysia memang merupakan Digital Native – mereka suka menonton video dan sukakan pilihan dan fleksibiliti dalam memilih kandungan. Masa depan amat berkait dengan kesalinghubungan konvergen, dan pelan yang disediakan Maxis memberi pengguna kesalinghubungan, kandungan dan keperluan perkhidmatan yang sesuai bagi mereka. Dengan gaya hidup digital yang terus berkembang, kami membawa pengguna lebih-nilai dan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan, Maxis.

Bagi menyampaikan kandungan yang terbaik dan diminati rakyat Malaysia, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan terbaik di dunia seperti iFlix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV dan banyak lagi untuk menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai platform penemuan sehenti, pelanggan boleh menyemak imbas pilihan mereka dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih mereka.

Maxis TV menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk penstriman pada harga yang berpatutan:

Pas 1-hari

Pas 7-hari

Pas 30-hari

RM3/pas

Langganan

+

3GB data percuma (1 hari)

RM7/pas

Langganan

+

5GB data percuma (7-hari)

RM15/pas

Langganan

+

10GB data percuma (30-hari)

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis TV, sila tonton https://youtu.be/yyaRTZXsdjg

Untuk membeli pas VOD dan menikmati kandungan terbaik dengan segara atau maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.maxis.my/maxistv

 

Archives
Tags