Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menyambut keseronokan Deepavali dengan sesi perkongsian ilmu bersama komuniti PPR Intan Baiduri

Sukarelawan Maxis M Squad menceriakan komuniti Pusat Internet Intan Baiduri di Kepong baru-baru ini dengan sesi Maxis’ Deepavali Festive Charity 2019. Pelbagai program menarik penuh dengan keseronokan dan aktiviti pembelajaran telah diadakan dengan kanak-kanak dan usahawan dari komuniti tersebut.

Melalui bengkel pemasaran digital, usahawan setempat telah mempelajari cara-cara menggunakan media sosial, mencipta kandungan, fotografi dan perakaunan asas bagi meningkatkan perniagaan mereka. Bengkel khas juga telah diadakan untuk kanak-kanak bagi membantu mereka meneroka dunia dalam talian dengan lebih yakin dan bertanggungjawab. Mereka kemudiannya mengambil bahagian dalam pertandingan membuat kolam yang penuh dengan pelbagai warna.

“Kami amat teruja untuk meluangkan masa bersama komuniti di sini dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perkongsian ilmu. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli komuniti atas layanan ramah mesra yang diberikan. Bagi Maxis, ini adalah detik-detik yang tidak ternilai,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat di Maxis.

 

Deepavali Festive Charity 2019

“Kebanyakkan wanita di komuniti kami mempunyai perniagaan sendiri, seperti menjual makanan dan pakaian. Kami bersyukur Maxis mengadakan program digital sebegini di sini kerana penduduk amat memerlukannya,” kata S. Gunalan S. Suppiah, Ketua Masyarakat India, Persatuan Penduduk di PPR Intan Baiduri.

Usahawan pakaian, Jeyanti a/p Arumugam, teruja untuk menggunakan teknologi bagi perniagaannya.

“Saya menjalankan perniagaan saree, lehenga dan sut Punjabi. Penjualan secara amnya baik, tetapi saya tahu ada potensi lebih besar jika perniagaan dibawa dalam talian. Bengkel ini amat bermanfaat dalam membantu mempromosikan produk saya,” katanya.

Pada majlis itu, Maxis juga menyampaikan kotak makanan kepada 25 keluarga kurang mampu dan menyambut perayaan Deepavali bersama hidangan makanan di pusat komuniti.

Pusat Internet Baiduri adalah salah satu lokasi di mana Maxis menjalankan program komuniti perdana, eKelas, sebuah inisiatif pembelajaran digital yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis eKelas, sila layari https://www.ekelas.com.my/.

 

Deepavali Festive Charity 2019
Archives
Tags