Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menghubungkan startup dan syarikat korporat terkemuka dalam sesi pembentangan idea terbesar negara

  • Maxis bakal menganjurkan Market Access Day, mengumpulkan 100 startup dan lebih daripada 30 syarikat terbesar Malaysia untuk sesi pembentangan idea terbesar di negara.
  • Selain sesi pembentangan, para peserta yang mempunyai penawaran berupayateknologi disruptif juga boleh mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka dengan peluang perhubungan dan padanan bisnes.
  • Maxis komited untuk memupuk inovasi di Malaysia melalui inisitiaf dan penyelesaian digital.

Maxis bakal mengumpulkan 100 startup untuk sesi pembentangan dan perhubungan idea terbesar negara, Maxis Market Access Day yang bakal berlangsung  10 December ini di APW Bangsar bakal membawa 30 syarikat korporat terbesar, modal teroka, pelabur dan pemain ekosistem startup yang semakin berkembang di bawah satu bumbung.

Startup yang bakal menyertai acara ini dimestikan untuk berupaya teknologi di samping mempunyai penawaran perkhidmatan yang sedia ada serta jumlah pelanggan yang semakin berkembang. Startup ini terdiri daripada enam sektor, Big Data & Analytics, FinTech, PropTech, E-Dagang dan Pasaran, Internet of Things (IoT) dan Penyelesaian Perusahaan. Walaupun kebanyakan sesi pembentangan startup bertujuan mendapatkan pembiayaan, satu lagi tumpuan acara tersebut adalah untuk mewujudkan peluang perniagaan bersama korporat dan modal teroka yang hadir. Antaranya termasuklah AirAsia, Ambank, Astro, Cradle, Golden Gate Ventures, Maybank, Sunway dan Kencana Capital. Semua startup juga akan diberi peluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka dalam sebuah pameran terbuka kepada orang ramai.

“Maxis komited dalam memupuk inovasi di Malaysia dengan membantu idea-idea tempatan untuk menjadi perniagaan hebat, terutama dalam sektor digital. Digital serta telekomunikasi, mempunyai potensi untuk mengubah perniagaan dan ekonomi secara menyeluruh, membolehkan banyak transformasi berkembang pesat dari startup kreatif. Kami amat teruja untuk membuka peluang perhubungan bagi startup dan perniagaan terkemuka, bagi kepentingan kedua-dua pihak,” kata Rob Sewell, Ketua Pegawai Digital dan Transformasi, Maxis.

Antara rakan kongsi Maxis Market Access Day 2019 termasuklah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Malaysia Business Angel Network (MBAN) dan Startupmamak. Sesi bimbingan pembentangan juga akan ditawarkan kepada startups yang telah disenaraipendekkan, dengan slot terhad yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Akses Pasaran Maxis, sila layari www.maxis.com.my/events/maxis-market-access-day. Syarikat korporat yang berminat boleh mendaftar di sini. Acara ini juga terbuka kepada orang ramai dengan tiket percuma tersedia di Eventbrite.

Archives
Tags