Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

1,000 pekerja Maxis mengambil peranan ‘frontliner’ untuk membantu pelanggan dengan penyelesaian

  • Pekerja Maxis di seluruh negara mendaftar untuk menjadi frontliner, pergi ke pusat membeli-belah dan kawasan komersial untuk membantu pelanggan mendapatkan penyelesaian fiber dan mudah alih terbaik, mengoptimumkan pengalaman Internet
  • Kempen ini merupakan sebahagain daripada komitmen Maxis untuk menyampaikan pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditanding
  • Maxis memperkenalkan ciri ‘Test My Home Wi-Fi’ pada aplikasi MyMaxis bagi pelanggan fibre mengoptimumkan sambungan Wi-Fi mereka

Meneruskan momentum positif jalur lebar fiber dan pengambilan pelan konvergen MaxisONE Prime, Maxis terus menyampaikan pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditandingi. Seramai 1,000 pekerja Maxis telah memainkan peranan ‘frontliner’ sebagai duta Maxis di pusat membeli-belah dan kawasan komersial di seluruh negara bagi membantu para pengguna dan perniagaan mendapatkan yang terbaik daripada produk Maxis dan mengoptimumkan pengalaman Internet mereka.

Ditempatkan di Pusat Maxis di seluruh negara, pekerja Maxis telah membantu para pelanggan dalam penyelesaian mudah alih dan kemudahan fiber perniagaan. Mereka juga diberi panduan penggunaan ciri terbaharu aplikasi MyMaxis iaitu ‘Test My Home WiFi’, yang membolehkan pelanggan untuk menguji dan mengoptimumkan sambungan WiFi mereka di rumah mahupun pejabat.

“Pelanggan kami amat bergantung dengan servis Internet. Kami bukan sahaja mahu mencipta produk yang sesuai untuk melengkapi gaya hidup digital yang sentiasa berubah, tetapi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Tujuan kempen ini adalah untuk menghasilkan perbualan yang bermakna dengan para pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka bersama Maxis. Maxis telah mencapai salah satu matlamat utama kami iaitu dengan menggunakan kaedah digital untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Kami amat berbangga dengan semangat pekerja kami yang telah mendaftar untuk menyertai kempen sepanjang hari,” kata Tan Lay Han, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis.

Menawarkan yang terbaik dalam penyelesaian konvergen

Keluarga kini boleh kerap berhubung dengan kemudahan pelan fiber MaxisONE Prime yang telah dilancarkan pada Oktober 2017. Ini merupakan perkhidmatan konvergen yang pertama di Malaysia, termasuklah data tanpa had dan sambungan berkelajuan tinggi untuk seluruh keluarga, disokong oleh fiber kediaman ‘superfast’, ‘Sentiasa Berhubung’pada rangkaian 4G LTE nombor satu. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai jenis alat bagi rumah atau telefon pintar di Zerolution tanpa pembayaran pendahuluan dan faedah.

Mengikuti kejayaan kempen Fibrenation pada bulan Ogos tahun lepas, Maxis terus meningkatkan pengalaman jalur lebar fiber dengan tiga kelajuan Internet baru yang hebat bagi pengguna dan perniagaan – 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps, bermula bulan April tahun ini. Selain kelajuan baru, Maxis juga memastikan pelanggan menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penawaran fiber yang dibina khas untuk setiap keperluan pelanggan, bergantung pada saiz rumah atau pejabat mereka, dengan isyarat WiFi yang kuat.

Untuk mendaftar dengan MaxisONE Prime, para pelanggan boleh melawat mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara. Sebagai alternative, sila layari www.maxis.com.my/prime.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis atau mendaftar segera, sila layari www.maxis.com.my/fibrenation.

Storming 2019
Archives
Tags