Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis meraikan Hari Raya dengan aplikasi mudah alih untuk komuniti kelainan pendengaran, dilancarkan pertama kali di iOS


Takbir adalah satu elemen penting dalam sambutan perayaan umat Islam di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, golongan kelainan pendengaran mungkin tersisih apabila mereka tidak dapat menghayati alunan takbir yang berkumandang. Diinspirasikan oleh cabaran yang dialami oleh golongan tersebut, Maxis telah mencipta aplikasi mudah alih sempena Raya tahun ini, untuk membolehkan golongan kelainan pendengaran menikmati Takbir melalui visual dan getaran buat kali pertama.

Untuk membina aplikasi tersebut, Maxis telah bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk mendalami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti kelainan pendengaran, dan mendapatkan nasihat dan pandangan dari Pegawai Hal-Ehwal Islam dan Imam Masjid Ara Damansara, Uztaz Mohammad Khairul Bin Mohd Lias. Dengan menggunakan ciri-ciri sedia ada dalam iPhone seperti enjin ‘haptic’, aplikasi Deria Takbir berupaya menukar gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang membolehkan pengguna merasakan irama dan melodi Takbir.

“Takbir adalah satu bahagian penting solat semasa Aidilfitri, tetapi ianya menjadi satu cabaran untuk saya sebagai seorang yang mempunyai kelainan pendengaran untuk mengalami dan menghayatinya. Aplikasi Deria Takbir yang menglibatkan deria penglihatan dan sentuhan kami yang lebih tinggi melalui visual dan getaran, membolehkan kami menikmati Takbir dengan cara yang amat unik. Saya percaya aplikasi ini akan membuat perbezaan dalam kehidupan golongan kelainan pendengaran di Malaysia,” kata Mohamad Sazali Shaari, Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

“Di Maxis, kami berusaha menukar perayaan biasa kepada pengalaman yang lebih bermakna, dengan membuka peluang dan potensi teknologi serta memudahkannya untuk diakses oleh semua orang. Kempen ini amat bermakna kepada kami kerana terdapat ramai pihak yang terlibat dalam penciptaan aplikasi ini – dari iPhone untuk akses peranti, MFD kerana memberi kami pandangan yang amat bernilai, Uztaz Mohammad Khairul untuk nasihat dan pandangan beliau, rakan kongsi dan agensi kami dan semua orang yang telah memberi inspirasi kepada kami dalam kempen ini. Kami didorong oleh potensi besar dalam setiap diri manusia dan peranan yang dapat dimainkan oleh Maxis untuk mengupayakan rakyat Malaysia dan Malaysia sebagai sebuah negara. Kempen ini merupakan contoh komitmen yang telah kami buat ke arah ini, dan kami berasa amat berbesar hati untuk menjayakannya sempena musim Raya ini,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pemasaran & Pemasaran Maxis.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi tersebut, Maxis juga menghasilkan sebuah filem pendek, 'Deria Takbir Raya’, yang menyoroti kehidupan Faiz, seorang budak lelaki dengankelainan pendengaran. Pada Hari Raya, bapanya memberikannya sebuah iPhone yang mempunyai aplikasi Deria Takbir dan untuk kali pertama dalam hidupnya, Faiz dapat menikmati alunan Takbir. Untuk memastikan kesahihan dari segi pengalaman sebenar yang dialami mereka, filem pendek ini dihasilkan dengan mengambil kira perkongsian yang tidak ternilai dari golongan kelainan pendengaran, dan menampilkan sebuah keluarga sebenar. Tonton filem di sini: https://www.youtube.com/watch?v=M3hQGM1Cm3c .

Untuk menikmati takbir Raya ini di iPhone, aplikasi Deria Takbir boleh dimuat turun di App Store mulai 24 Mei 2019.

Cara menggunakan aplikasi Deria Takbir:

    1. Muat turun aplikasi Deria Takbir dari Apple Store.

aplikasi Deria Takbir
aplikasi Deria Takbir

  
  2. Berikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses mikrofon bagi mengesan bunyi Takbir Raya di sekitarnya.

aplikasi Deria Takbir
aplikasi Deria Takbir

  
    3. Aplikasi Deria Takbir akan menukarkan gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang mengikuti irama dan melodi Takbir.

aplikasi Deria Takbir
aplikasi Deria Takbir

  
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Deria Takbir, sila layari maxis.com.my/DeriaTakbir

aplikasi Deria Takbir
Archives
Tags