Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Menerokai Peluang Perkongsian Bandar Pintar Dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Diilhamkan oleh aspirasi Pulau Pinang untuk menjadi sebuah negeri yang memberi fokus kepada kekeluargaan, agenda hijau dan pintar selaras dengan Wawasan 2030, Maxis hari ini mempamerkan keupayaannya dalam penyelesaian digital menyeluruh, terutamanya dalam Internet untuk Segalanya (Internet of Things - IoT ) dalam forum teknologi yang dianjurkan oleh pihak Negeri.

Forum yang bertajuk Penang: Beyond Smart Government dan Smart Network for a Better World, menyaksikan pihak berkepentingan dari kerajaan negeri terlibat dalam dialog mengenai kriteria dan keperluan Wawasan 2030 serta Pelan Pembangunan Bandar Pintar Pulau Pinang. Ini termasuk faktor utama yang diperlukan untuk kejayaan dasar, inisiatif dan program pembangunan dan seterusnya, pelaksanaan elemen dan aplikasi Bandar Pintar.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo, EXCO Bahagian Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang. Turut hadir adalah Yang Berusaha Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC. Maxis diwakili oleh Tan Lay Han, Ketua Jualan dan Perkhidmatan.

“Pulau Pinang ingin menjadi negeri yang berdiri sama tinggi dengan Bandar Pintar di negara lain serta menjadi bualan masyarakat di peringkat antarabangsa, sejajar dengan agenda transformasi digital Malaysia serta Industri 4.0. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan idea dan kerjasama semua pihak bagi mencapai matlamat ini. Oleh itu, saya berharap penganjuran program ini akan menjadi batu loncatan kepada kerjasama yang lebih erat di masa akan datang antara pihak negeri, MCMC dan Maxis, dan saya ingin berterima kasih kepada Maxis dan semua pihak atas sokongan serta sumbangan mereka terhadap matlamat ini,” kata Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Ini merupakan inisiatif yang penting kerana ia menunjukkan visi yang dikongsi antara perniagaan dan kerajaan. Kami memuji usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berpandangan jauh dan memanfaatkan kuasa teknologi untuk mencapai Wawasan 2030, dan kami ingin memainkan peranan penting ke arah mencapai cita-cita mereka. Maxis sudah mempunyai posisi yang kukuh di Pulau Pinang dengan liputan 4G mencecah 100%. Forum ini merupakan langkah yang positif kerana menjurus kami bagi menjadi rakan terpilih untuk kesambungan dan penyelesaian digital,” kata Tan Lay Han.

Keunggulan rangkaian 4G LTE Maxis dari segi kelajuan, prestasi dan pengalaman disahkan oleh Laporan Prestasi Rangkaian 2018 MCMC. Mengukuhkan lagi kedudukannya, Maxis memulakan percubaan langsung 5G yang pertama di Malaysia di Cyberjaya minggu lalu dan sedang membangunkan infrastruktur rangkaiannya untuk bersedia untuk masa depan di mana penyelesaian pintar akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Maxis juga telah memacu penggunaan IoT di Malaysia, dengan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan besar memulakan transformasi digital mereka dengan pelbagai penyelesaian IoT. Sebagai contoh, syarikat-syarikat menggunakannya untuk pengurusan tenaga kerja dan sistem pengangkutan perniagaan mereka. Syarikat juga menubuhkan Makmal Inovasi IoT di Kuala Lumpur, di mana aplikasi-aplikasi sedang diuji, termasuk pengukuran tanah pertanian dan air, utiliti pintar (air dan elektrik), pengurusan aset, tempat letak kereta pintar, dan sebagainya.

Archives
Tags