Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menyampaikan ceramah tentang teknologi dan penyelesaian perusahaan di Malaysia Tech Week 2019

 

Maxis adalah penaja Tech Leader bagi acara teknologi besar yang akan datang – Malaysia Tech Week 2019 (MTW 2019), yang akan berlangsung dari 17-21 Jun. Pemimpin dan pakar bidang dari Maxis yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gokhan Ogut akan menyampaikan topik-topik menarik mengenai perubahan penyelesaian dalam pasaran dan penyelesaian perusahaan dalam empat sesi perbincangan.

Acara industri tersebut yang melibatkan korporat-korporat Malaysia, rakan-rakan ekosistem, pelabur, pengawalselia dan syarikat permulaan teknologi bersama-sama dengan delegasi dari seluruh dunia ke Kuala Lumpur. YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia, akan menyampaikan ucaptama.

Berikut adalah empat topik yang akan disampaikan oleh Maxis di MTW 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.malaysiatechweek.com:

1. Cracking the Over-The-Top Code and Going Beyond – Gokhan Ogut adalah penceramah panel di mana dia dan para Ketua Pegawai Eksekutif telco yang lain akan berkongsi bagaimana telco di Malaysia menangani perubahan yang dibawa oleh perkhidmatan Over-The-Top (OTT), mengekalkan keuntungan dan mewujudkan alam simbiotik di mana kedua-duanya dapat wujud bersama.

2. Corp Innov8 by Maxis: Levers of Business Success – Senthil Balan, Ketua Pembangunan Perniagaan Maxis akan menyampaikan ceramah tentang teknologi perubahan berskala melalui pengawalan - memanfaatkan "sains penglibatan aktif" untuk keputusan cemerlang.

3. TechXperience by Maxis – The Debate: Profit vs Growth? – Sertailah panel yang akan berbahas tentang kecenderungan syarikat-syarikat hari ini yang bergantung kepada pembiayaan untuk berkembang, dan bila mereka akan beralih fokus kepada pencapaian keuntungan atau jika perlu.

4. Corp Innov8 by Maxis: Accelerating the Business – Panel pakar akan membincangkan penyelesaian-penyelesaian masalah perniagaan bagi banyak syarikat permulaan. Peserta juga dapat meminta nasihat daripada panel tersebut.

“Teknologi berkembang dan mengubah gaya hidup dan cara bekerja pada kadar yang amat pantas. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan impaknya – dari cara kita berniaga atau berfikir tentang masalah dan penyelesaian. MTW adalah platform yang baik untuk menggalakkan pemikiran progresif, dan kami sangat gembira dapat memainkan peranan sebagai Penaja Tech Leader. Kami mengalu-alukan penyertaan dan penglibatan dalam semua sesi perbincangan,” kata Rob Sewell, Ketua Pegawai Digital & Transformasi Maxis.

MTW 2019 akan memberi pandangan yang mendalam tentang perkembangan teknologi dan inovasi hari ini. Acara tersebut akan menampilkan pameran inovasi, peluang padanan perniagaan, platform pertukaran idea, dan akses kepada rangkaian ekosistem Malaysia yang membawa banyak peluanguntuk berbincang dan berhubung dengan pakar-pakar industri.

 

Archives
Tags