Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis komited dalam inisiatif Bandar Pintar di Sarawak, menandatangani MoU dengan SMA

 

Dalam komitmennya untuk membantu Sarawak memajukan agenda ekonomi digital menerusi penyelesaian Bandar Pintar, Maxis telah memeterai perkongsian dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk bekerjasama dalam inisiatif-inisiatif NB-IoT. Pada 8 Julai, kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2019 (IDECS) yang ketiga di Kuching, Sarawak.

Perkongsian antara Maxis dan SMA akan bertumpukan tiga bidang:

  • Mengasah kepakaran dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai aplikasi terbukti konsep IoT dan NB-IoT dalam bidang-bidang seperti pembangunan Bandar Pintar.
  • Memupuk pergaulan perkongsian mengenai reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian IoT dan NB-IoT
  • Membangunkan sebuah ekosistem yang kukuh melalui sokongan persediaan makmal, dengan sumber sokongan pakar untuk membina penyelesaian yang mampan dan pintar.

“Kami di SMA  mempunyai visi dan strategi yang sangat jelas untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sarawak melalui kuasa teknologi. Sebahagian besar daripada strategi ini adalah tentang kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak swasta. Kami percaya bahawa kepakaran dan pengetahuan bersama akan mungukuhkan lagi cita-cita kami, jadi kami gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Maxis ke arah matlamat bersama untuk memanfaatkan potensi teknologi yang inovatif bagi kebaikan masyarakat,” kata Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak.

“Kami memuji usaha-usaha Lembaga Multimedia Sarawak yang memacu agenda ekonomi digital negeri, dan dalam mengiktiraf seruan penting untuk melonjakkan teknologi digital dalam pelbagai industri. Di Maxis, kami tetap komited untuk menjadi rakan kongsi yang kukuh kepada pihak kerajaan menerusi keunggulan rangkaian kami, perkhidmatan digital dan penyelesaian kesalinghubungan. Kami ingin memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian NB-IoT, terutamanya untuk sektor utama negeri seperti dalam pertanian dan perkilangan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Di IDECS 2019, Maxis telah mempamerkan keupayaan 5G dan IoTnya dengan kes-kes penggunaan dalam penyelesaian perkilangan, pertanian dan Bandar Pintar. Ini termasuk drone diupayakan 5G, tangan robotik dan ladang ikan, serta penyelesaian berkaitan IoT seperti penutup lurang yang pintar, pencahayaan pintar dan pengurusan kenderaan pintar menggunakan penyelesaian mDrivenya.

Maxis telah melancarkan perkhidmatan NB-IoT komersial yang pertama di Malaysia pada April 2019, di mana Kuching adalah salah satu pusat pasaran IoT utama yang Syarikat telah mengaktifkan rangkaian NB-IoTnya. Pelancaran ini membolehkan perniagaan untuk mengguna aplikasi perindustrian IoT untuk membentuk aliran data baru, yang mengupayakan analisis berdaya-tindak dengan menyambungkan peranti-peranti mudah seperti sensor.

Sementara itu, Maxis terus membina kehadirannya di rantau Malaysia Timur menerusi pelaburan dan pengembangan rangkaian mudah alih dan fiber berkelajuan tinggi, serta pengedaran dan titik sentuhan pelanggan. Dalam langkah penting ke arah memenuhi cita-cita fibernya, Maxis menandatangani Surat Persefahaman (LoU) dengan SACOFA pada akhir tahun 2018 untuk mendapat akses penuh ke Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) SACOFA di Sarawak melalui platform FTTX, SOFIA (SACOFA Open Fibre Infra Access). Sejak itu, Maxis dan SACOFA telah menandatangani perjanjian akses, dengan ujian dan percubaan yang sudah selesai dan sasaran untuk melancarkan pelan fiber yang sedia ada kepada lebih ramai rakyat Sarawak menjelang akhir bulan Julai.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maxis NB-IoT, sila layari https://business.maxis.com.my/iot/narrowband-iot/

Maxis stamps commitment to Sarawak with smart connectivity solutions, signs MoU with SMA
Maxis stamps commitment to Sarawak with smart connectivity solutions, signs MoU with SMA
Maxis stamps commitment to Sarawak with smart connectivity solutions, signs MoU with SMA
Archives
Tags