Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Mengeratkan Hubungan Keluarga Dan Rakan-Rakan Melalui Permainan Telefon Pintar Sempena Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina adalah suatu masa di mana keluarga-keluarga serta rakan-rakan bertemu dan berhubung semula, tetapi kadangkala kita lebih menumpukan perhatian kepada peranti pintar daripada berinteraksi dengan orang kesayangan. Tahun ini, Maxis mengguna teknologi untuk mencetuskan perbualan, melalui salah satu permainan telefon pintar yang paling hangat pada tahun 2019 – Dooit Live.

Melalui perkongsian dengan Dooit Live, Maxis akan menganjurkan 16 sesi permainan langsung dari 4 hingga 19 Februari melalui aplikasi permainan telefon pintar, dengan memaparkan 11 soalan bertemakan Tahun Baru Cina yang diketahui semua rakyat Malaysia. Matlamatnya adalah untuk menjawab semua soalan dengan betul dalam masa 10 saat untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Tujuan aktiviti perayaan ini adalah untuk mencetuskan perbicaraan dan perdebatan yang menarik, dan lebih seronok jika dimain dalam pasukan, jadi, jemputlah semua saudara mara, rakan-rakan, serta jiran-jiran untuk sumbang saran dan menang.

Apa yang menjadikannya lebih seronok – untuk mendapatkan jawapan-jawapan kepada beberapa soalan yang akan dipaparkan bagi meningkatkan peluang untuk menang, pemain-pemain boleh menonton ‘Maxis Presents: Clash of Clans’ pada 28 Januari.

“Ada sesetengah orang mengatakan bahawa teknologi boleh megalihkan perhatian, tetapi kami hendak menggunakannya untuk meraikan pertalian serta kebersamaan Tahun Baru Cina ini. Dengan kerjasama Dooit Live, di mana permainan kuiznya berasaskan permainan secara beramai-ramai, kami bangga mempersembahkan siri permainan ini yang memberi ganjaran kepada keluarga dan rakan-rakan yang paling erat. Walaupun ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM188,000, kemakmuran sejati musim perayaan ini adalah meluangkan masa yang berkualiti dengan orang kesayangan,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

Dooit Live adalah aplikasi permainan trivia yang anda boleh memuat turun dan bermain di telefon. Setiap permainan berlangsung pada waktu tertentu setiap hari, di mana hos permainan akan bertanya 11 soalan pilihan berganda yang meningkat kesukarannya. Pemain harus menjawab semua soalan dengan betul dalam masa 10 saat untuk peluang memenangi hadiah . Jumlah hadiah wang yang ditawarkan kemudiannya dikongsi antara jumlah pemain yang telah menang.

Untuk menonton video dan ketahui lebih lanjut mengenai permainan, sila layari www.maxis.com.my/dooit-family.

Maxis brings families and friends closer together this Chinese New Year using the power of mobile gaming
Maxis brings families and friends closer together this Chinese New Year using the power of mobile gaming
Maxis brings families and friends closer together this Chinese New Year using the power of mobile gaming
Archives
Tags