Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia pada Hari Kebangsaan dengan kempen #100peratusMalaysia

 

Pada Hari Kebangsaan tahun ini, Maxis meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia dengan kempen #100peratusMalaysia, melalui kerjasama dengan personaliti terkenal di Malaysia: 

Untuk menyampaikan kisah tersebut, Maxis telah melancarkan sebuah filem pendek yang menggambarkan perjalanan tujuh personaliti Malaysia dalam mengenali diri mereka sendiri. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, mereka menyelami identiti mereka dengan lebih dalam melalui ujian DNA. Walaupun keputusan menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan ke pelbagai lokasi geografi di seluruh dunia, terdapat satu faktor yang menyatukan mereka - mereka semua #100peratusMalaysia. Tontoni filem pendek tersebut di sini.

“Premis kempen Hari Kebangsaan kami yang menggunakan teknologi adalah bukan hanya untuk memahami perbezaan unik di antara kita, tetapi juga kerana ia membuatkan kami sedar bahawa kepelbagaian kitalah kekuatan yang paling teguh dan membolehkan kita berjaya mencapai impian kita. Semakin banyak kita mengenali diri kita, semakin banyak kita menyedari bahawa perbezaan inilah yang menceritakan kisah kita sebagai rakyat Malaysia. Natijahnya, cita-cita kita untuk Malaysia, tanah air kita, adalah apa yang menyatukan kita, dan kami berharap kempen ini dapat meningkatkan semangat rakyat Malaysia di mana-mana,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis. 

Personaliti yang terlibat dalam kempen Maxis – penulis dan aktivis Marina Mahathir, Duta Kulinari Malaysia bagi Tourism Malaysia Dato’ Chef Wan, Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Priya Henry, ikon seni pentas Tiara Jacquelina, pelakon dan pelawak Douglas Lim, pemenang pingat emas gimnastik Sukan SEA Farah Ann Abdul Hadi dan pemain bola sepak kebangsaan Datuk Santokh Singh – telah meluahkan kepercayaan yang serupa dalam idea kempen, dan mengambil bahagian dalam projek ini dengan tenaga positif dan penuh semangat. Tontoni video di sebalik tabir di sini untuk mendapat tahu pengalaman dan pemikiran mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini dan filem Hari Kebangsaan Maxis, sila layari www.maxis.com.my/100peratusmalaysia

Maxis celebrates Malaysian diversity this National Day with #100peratusMalaysia campaign
Archives
Tags