Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Astro dan Maxis Mengumumkan Perkongsian Pemasaran Strategik untuk Menawarkan yang Terbaik dalam Kandungan and Jalur Lebar Fiber 


KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2019 - Dua jenama utama Malaysia, Astro dan Maxis, telah mengumumkan perkongsian pemasaran strategik antara kedua-dua pihak untuk menawarkan jalur lebar bersama dengan kandungan. Astro akan melancarkan pakej jalur lebar terbaru daripada 30 Mbps dan 100 Mbps bersama produk kandungannya untuk pelanggan pada hari ini dan rangkaian produk yang penuh dengan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi pada masa yang sesuai kelak.

Perkongsian strategik ini adalah tepat pada masanya kerana ia berlaku ketika permintaan untuk kesalinghubungan konvergen (converged connectivity) semakin bertambah dan penawaran pelbagai-cabang yang menggabungkan kesalinghubungan, kandungan dan perkhidmatan. Perkongsian tersebut menggunakan kekuatan kedua-dua syarikat untuk membawa nilai dan manfaat yang lebih besar kepada para pelanggan. Pada masa yang sama kolaborasi ini bakal mencetuskan aliran hasil baru dan membuka pasaran baru dengan memaksimumkan bakat dan sumber di kedua-dua syarikat, di samping memacu skala dan kecekapan.

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, "Kami sangat teruja dengan perkongsian dengan Maxis ini. Pelanggan akan melihat nilai dan faedah yang signifikan dari penawaran ini yang membawa kandungan menarik dengan sambungan fiber berkelajuan tinggi. Perkongsian ini juga bakal memberikan pelanggan pengalaman yang lebih baik terutamanya untuk tontonan On Demand, yang membolehkan mereka menikmati lebih daripada 50K rancangan melalui kotak atas set dan peranti mudah alih."

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata, "Kami sangat bersemangat dengan permintaan untuk kesalinghubungan yang hebat di sebalik kempen Fibrenation kami, memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia meihat diri mereka sebagai pengguna asli digital. Kami kini menyaksikanlebih permintaan untuk penawaran yang berorientasikan keluarga dan pelbagai perkhidmatan digital yang lebih luas. Ini adalah era baru kesalinghubungan – Konvergen. Perkongsian baru kami dengan Astro akan memberi pelanggan satu lagi sebab untuk memilih Maxis Fiber dan mempercepatkan strategi konvergen kami dengan menawarkan fiber kepada lebih banyak kediaman di Malaysia."

Pelanggan boleh mendaftar minat mereka di www.astro.com.my dan www.maxis.com.my.

Archives
Tags