Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Membawa Keceriaan Kepada Para Pelajar SJKT Ladang Escot Sempena Perayaan Deepavali


Sempena sambutan Deepavali tahun ini, lebih dari 40 kakitangan Maxis telah mengunjungi SJKT Ladang Escot di Tanjung Malim, untuk membantu membaikpulih sekolah tersebut dan menceriakan para pelajar sebagai sebahagian daripada Perayaan Amal Deepavali Maxis 2018.

Pada acara tersebut, sukarelawan Maxis, iaitu MSquad, telah diberi pelbagai tugasan, termasuk membersih kawasan simpanan sekolah untuk mewujudkan ruang untuk kelas baharu bagi pelajar Tahun Enam, serta ruang belajar di dalam bilik mesyuarat pelajar dan guru. Maxis juga melengkapi bilik ICT sekolah tersebut dengan enam komputer baharu, jalur lebar WiFi, TV flat skrin dan pencetak. Kanak-kanak sekolah juga dihidangkan dengan makan tengah hari serta hadiah-hadiah istimewa.

 Maxis membawa keceriaan kepada para pelajar SJKT Ladang Escot sempena perayaan Deepavali
 Maxis membawa keceriaan kepada para pelajar SJKT Ladang Escot sempena perayaan Deepavali


Memandangkan pendidikan sentiasa menjadi fokus bagi usaha-usaha komuniti Maxis, para sukarelawan M Squad juga menjalankan bengkel Be Internet Awesome’ Google untuk para pelajar dan guru. Sesi latihan ini mengajar kepentingan keselamatan dan kata laluan, menghadapi masalah cyberbullying, dan juga maklumat yang boleh dipercayai, yang relevan dengan masyarakat hari ini, terutamanya golongan muda.

“Mengambil bahagian dalam acara amal Deepavali tahun ini merupakan pengalaman yang menggembirakan, terutama sekali untuk semua kakitangan yang telah meluangkan masa untuk usaha yang mulia ini. Para pelajar dan guru-guru telah mengalu-alukan kedatangan kami, dan ini telah mengupayakan kami untuk melihat sendiri dan memahami keperluan sambungan mereka. Kami gembira dapat memainkan peranan kecil dalam membantu komuniti dengan keperluan teknologi ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Operasi Maxis.

“Saya berasa amat gembira sekali apabila saya diberitahu bahawa sekolah kami telah dipilih oleh Maxis untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi para pelajar kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan Maxis yang telah membantu merealisasikan impian saya, dan kepada semua yang telah menjayakan acara ini,” kata Parameswary Nadesan, Guru Besar, SJKT Ladang Escot.

Maxis membawa keceriaan kepada para pelajar SJKT Ladang Escot sempena perayaan Deepavali
Maxis membawa keceriaan kepada para pelajar SJKT Ladang Escot sempena perayaan Deepavali
Archives
Tags