Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Meraikan Ibu Dan Bapa Tunggal Melalui Kempen ONEder Parent 


Kebanyakan ibu bapa mempunyai sokongan satu sama lain dalam memelihara keluarga mereka, sama ada secara kewangan atau menjaga anak-anak mereka. Tetapi, ada sebahagian daripada mereka yang perlu melakukannya sendiri. Ibu bapa tunggal - sama ada ibu atau bapa - perlu memainkan dua peranan, satu cabaran yang besar bagi mereka.

Bersempena perayaan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Ibu dan Bapa, Maxis menyokong satu idea yang lebih inklusif tentang keibubapaan, dengan memberi penghormatan kepada ibu bapa tunggal - kedua-dua ibu dan bapa - dengan kempen ONEder Parent. Dengan pelancaran kempen ini, Maxis telah melancarkan video baharu mengenai seorang bapa tunggal yang sedang belajar untuk memahami anak perempuannya. Klik https://youtu.be/fOXKiEai_WQ untuk menyaksikan video ini!

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Maxis telah bekerjasama dengan Parents without Partners (PWP), satu organisasi bukan untung yang membantu ibu bapa tunggal berpendapatan rendah mencapai kebebasan kewangan, untuk membantu mereka menjangkau lebih banyak pelanggan secara dalam talian menerusi platform e-dagang Maxis. Sejak tahun 2007, PWP telah mengumpulkan dana bagi programnya dengan mengendalikan Jumble Station, sebuah kedai yang menjual barangan sumbangan yang terpakai (pre-loved items) antaranya buku, mainan, pakaian, aksesori dan lain-lain.

“Kami mengiktiraf cabaran keibubapaan tunggal, terutamanya dari segi kewangan, dan ingin membantu Jumbo Station PWP terus mengumpul dana secara mampan. Sebelum ini, Jumble Station bergantung kepada kedai fizikal mereka untuk aktiviti jualan. Dengan hampir 50% pengguna Malaysia membuat pembelian secara dalam talian setiap bulan, kami melihat potensi dalam mendigitalkan Jumble Station. Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada mereka melalui teknologi dan Internet supaya e-kedai Jumble Station kini boleh sasarkan jenis pembeli yang tepat untuk barangan yang berbeza. Ini juga merupakan kali pertama ibu bapa tunggal menjual barangan buatan mereka di e-kedai, dan kami teruja dapat bekerjasama dengan PWP untuk merealisasikan ini,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

Jumble Station

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pasukan eCommerce Maxis akan menubuhkan sebuah kedai dalam talian untuk PWP bagi mewujudkan lebih banyak kesedaran dan memacu lawatan dari pembeli dalam talian. Maxis eCommerce adalah penyelesaian sehenti yang membantu peruncit Malaysia merancang, membina dan mengintegrasikan kedai-kedai dalam talian mereka, menguatkan kehadiran dalam talian mereka dengan pemasaran digital dan mengoptimumkan prestasi melalui tinjauan dan analisis. Maxis juga akan melatih pasukan PWP untuk menubuhkan sebuah perpustakaan produk digital, serta membungkus dan memenuhi pesanan menerusi perkhidmatan kurier yang dikesan. Selain itu, Maxis akan menaja hosting selama setahun, serta penyelenggaraan dan sokongan laman web e-dagang PWP.

Pada bulan ini juga, sukarelawan Maxis, yang dipanggil MSquad, akan mengambil bahagian dalam kempen ONEder Parent dengan memberi sumbangan pakaian, aksesori dan barangan isi rumah yang terpakai melalui e-kedai Jumble Station. Mereka juga akan menyumbangkan masa mereka untuk membantu PWP menyusun dan mengatur inventori dalam talian baharu e-kedai mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PWP dan item pembelian, sila klik www.maxis.com.my/onederparent

Archives
Tags