Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Buat Pertama Kalinya, Keluarga Boleh Menikmati Perayauan Secara Bebas Dengan Maxis FamilyRoam


Kekal berhubung apabila berada di luar negara kini amat penting, terutamanya apabila anda perlu berjalan di sekitar bandar asing. Lebih lagi apabila anda melancong sebagai sebuah keluarga. Sama ada untuk mendapatkan lokasi tempat, menempah kenderaan, atau terus berhubung melalui media sosial, mempunyai akses data bagi semua ahli keluarga anda apabila berada di luar negara sesuatu yang penting.

Menyedari keperluan untuk menjadikan perayauan lebih mudah bagi keluarga, Maxis hari ini memperkenalkan FamilyRoam, yang mengupayakan semua pengguna talian perkongsian (Share Line) dibawah Pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara Asia Tenggara. Perayauan di negara-negara ini adalah sama seperti menggunakan pelan mudah alih mereka di Malaysia, kerana setiap pengguna, sama ada pada talian utama atau perkongsian, akan mempunyai akses kepada panggilan antarabangsa dan SMS tanpa had, serta menggunakan DataPool mereka tanpa had.

“Maxis FamilyRoam adalah tawaran tambahan yang baik bagi produk-produk kami yang berfokuskan kepada keluarga. Kami tahu bahawa telefon mudah alih dan Internet adalah penting untuk kehidupan seharian, oleh itu kami ingin seluruh keluarga menikmati pengalaman Internet yang lancar dan bebas bimbang walaupun apabila melancong. Tawaran MaxisONE kami dibina untuk sentiasa menawarkan lebih kepada kaum keluarga,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

FamilyRoam

Dengan Maxis FamilyRoam, anda akan menikmati:

  • Panggilan antarabangsa dan SMS tanpa had ke mana-mana di dunia
  • Penggunaan DataPool tanpa had untuk perayauan – Pelanggan boleh terus melayari Internet, sama seperti di Malaysia
  • Aktifkan dan gunakan bila-bila masa – Sesiapa sahaja dalam keluarga anda boleh melancong dan menikmati perayauan percuma di bawah akaun yang sama dan hanya membayar satu pas gabungan MaxisONE World pada RM38 sehari
  • Fleksibiliti – Walaupun pengguna talian utama tidak melancong bersama keluarga, mana-mana ahli keluarga yang menggunakan talian perkongsian masih boleh mengaktifkan Maxis FamilyRoam semasa di luar negara

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis FamilyRoam, lawati kami di www.maxis.com.my/familyroam

Archives
Tags