Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Bekerjasama Dengan Pembekal Penyelesaian Tempatan Untuk Membina Ekosistem IoT


Memanfaatkan penyelesaian IoT yang unggul dan disokong oleh rangkaian 4G yang terkemuka di industri, Maxis akan bekerjasama dengan penyedia penyelesaian IoT untuk mengukuhkan lagi ekosistem IoT perniagaan dengan menawarkan penyelesaian inovatif.

“Dengan rekod prestasi Maxis dalam industri IoT dan kepakaran melalui perkongsian kami dengan Vodafone, penyedia penyelesaian yang bekerjasama dengan Maxis berpotensi memperluaskan asas pelanggan mereka. Menerusi kerjasama ini, kami dapat membina kesedaran mengenai manfaat penyelesaian IOT dan merapatkan jurang antara keperluan pelanggan dan penyelesaian yang tersedia daripada rakan kongsi,” kata Claire Featherstone, Ketua Penyelesaian Perniagaan Maxis.

Antara tawaran IoT Maxis termasuk mDrive, satu penyelesaian pengesanan kenderaan yang digunakan oleh Maxis secara dalaman untuk operasi perniagaannya sendiri. Penyelesaian pengesanan ini membolehkan perniagaan mengurangkan kos dan mempromosikan tabiat memandu yang lebih selamat dalam pengurusan kenderaan syarikat.

Pengarah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Bahagian Ekonomi Data, Dr Karl Ng, berkata: “Penerimaan teknologi data (IoT, Analisis Data dan AI) bermula dengan mewujudkan nilai dari data. Kami gembira kerana dapat menyaksikan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta pandangan bagi peluang perniagaan IoT tempatan dan global yang selaras dengan misi MDEC untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.”

Menurut Barometer1 IoT tahunan Vodafone, satu tinjauan global, syarikat-syarikat di Asia Pasifik sedang meningkatkan momentum dengan penggunaan IoT, lebih cepat daripada purata global; dari hanya 12% pada tahun 2013 kepada 36% pada tahun 2017, berbanding penerimaan global IoT sebanyak 29%. Syarikat-syarikat Asia Pasifik yang telah menerima IoT sedang mengalami peningkatan dari segi daya saing dan pembezaan jenama yang lebih baik.

Barometer IoT ini juga menekankan bahawa pengguna IoT adalah pemimpin digital; 76% daripada mereka dilihat sebagai salah satu daripada syarikat yang paling inovatif dalam pasaran masing-masing. Kerjasama ini juga penting untuk berjaya dalam ekosistem IoT dan penyedia-penyedia penyelesaian ini boleh mendapat manfaat melalui kerjasama mereka dengan Maxis.

Statistik-statistik utama ini telah dikongsi dengan penyedia penyelesaian IoT MDEC pada sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Maxis baru-baru ini.

Penyedia penyelesaian yang ingin bekerjasama dengan Maxis boleh hubungi kami di partner@maxis.com.my

1. http://iot-mktg.vodafone.com/barometer2017?ecmp=marcom_website_iot_iotbarometer_&src=marcom_website_iot_iotbarometer

Archives
Tags