Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melantik Robert Nason Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sementara


Maxis hari ini mengumumkan bahawa pihak Lembaga Pengarah telah melantik Robert Nason sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sementara berkuatkuasa 1 April 2018. Beliau akan kekal dalam jawatan ini sehingga Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik.

Robert telah dilantik ke Lembaga Pengarah Maxis pada tahun 2016 sebagai Pengarah Bebas. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Transformasi Perniagaan & Teknologi Maklumat. Dengan pelantikan ini, Robert akan melepaskan peranannya sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit dan juga jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Perniagaan & Teknologi Maklumat, tetapi akan terus menjadi ahli jawatankuasa. Perubahan ini berkuatkuasa mulai hari ini, 2 Mac 2018.

Robert telah bersara dari Telstra Corporation pada tahun 2015 selepas lima setengah tahun menerajui transformasi utama operasinya. Peranannya di Telstra termasuk penyertaan secara aktif dan berterusan dalam Jawatankuasa Tinjauan Prestasi Unit Perniagaan, Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa M&A, Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan Modal, Jawatankuasa Pertumbuhan, Jawatankuasa Advokasi Pelanggan dan Jawatankuasa Risiko. Beliau pernah menjadi Pengerusi dan Pengarah Foxtel Pty Ltd dari tahun 2012 hingga Februari 2017. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah kepada pelbagai Syarikat/Lembaga Pengarah di Australia dan di tempat-tempat lain dari tahun 2003 hingga 2010.

Pengalaman globalnya termasuk bekerja di Amerika Syarikat dan UK serta pengalaman luas dalam projek transformasi bagi pelbagai syarikat di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Robert memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) - Royal Melbourne Institute of Technology. Beliau adalah ahli CPA Australia dan ahli Institut Pengarah-Pengarah Syarikat Australia.

Lembaga Pengarah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Morten Lundal diatas sumbangan dan perkhidmatannya kepada Maxis. Ia merupakan satu perjalanan yang menarik dengan Morten dan kami telah mencatat pelbagai pencapaian dibawah kepimpinannya. Hari ini, Maxis berada dalam kedudukan yang kukuh dengan saham pasaran yang lebih tinggi, pelanggan yang lebih gembira dan kakitangan yang lebih bersemangat. Semua ini akan membantu Maxis meneruskan momentum ke arah 2018 dan seterusnya menjadi pengupaya digital.

Maxis akan membuat pengumuman mengenai Ketua Pegawai Eksekutif baharu pada masa yang sesuai.

Archives
Tags