Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Keupayaan Maxis eCommerce Membantu Memacu Segmen Perusahaannya Sebagai Penyedia Penyelesaian Menyeluruh


Maxis telah memperluaskan penawaran penyelesaian perusahaan dengan penyelesaian e-dagang Maxis eCommerce terkini, yang disasarkan khusus kepada PKS di Malaysia untuk membina, menguatkan, dan mengoptimumkan kehadiran e-dagang mereka, serta memaksimumkan potensi pendapatan dari dalam dan luar Malaysia. Perkhidmatan ini disokong oleh pasukan eCommerce yang berdedikasi, yang akan membantu menubuhkan laman web (membina), pemasaran digital (menguatkan) serta tinjauan dan analisis (mengoptimumkan). Maxis juga akan mempunyai pengurus Perniagaan e-Dagang yang berdedikasi untuk bekerjasama dengan pelanggan sepanjang proses pembangunan e-dagang mereka.

Perkembangan agresif ke arah e-dagang telah diperkuatkan oleh pengambilalihan syarikat pembangunan laman web terkemuka, Optima Innovations (Optima), awal bulan ini.

Optima telah berjaya mengupayakan beberapa jenama runcit Malaysia yang ikonik membina kehadiran e-dagang mereka termasuk www.senheng.com.mywww.bata.com.mywww.gnclivewell.com.my dan banyak lagi. Dalam masa beberapa bulan selepas pengambilalihan itu, pasukan yang baharu bergabung ini telah bersama-sama melancarkan www.nichii.com, yang merupakan antara syarikat pertama yang terkemuka di Malaysia yang akan mengunakan perkhidmatan Maxis eCommerce, termasuk syarikat-syarikat ternama yang lain.

Dengan lebih banyak lagi penduduk Malaysia yang menggunakan Internet dan mudah alih, pembelian secara atas talian telahpun melonjak. Malah, penyelidikan telah menunjukkan bahawa 59% pelanggan atas talian membeli-belah sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, dan bahagian jualan atas talian bagi semua jualan di Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan dua digit pada tahun-tahun akan datang.

“Asia Tenggara sedang bertumbuh dengan pesat dalam segmen e-dagang, dan Malaysia adalah peneraju utama dan salah satu pasaran yang paling menarik dan matang bagi segmen tersebut di rantau ini. Tabiat membeli-belah semakin berkembang dan semakin menuju ke arah atas talian, termasuk cara kami membuat penyelidikan dan juga cara kami membeli-belah. Kami percaya PKS mengiktiraf segala peluang yang terdapat di luar sana, kerana kehadiran atas talian akan membolehkan mereka kekal relevan dengan pengguna yang sentiasa terhubung. Matlamat kami adalah untuk mengupayakan PKS merealisasikan potensi e-dagang mereka melalui penyelesaian kami.

“Pengambilalihan dan integrasi Optima ke dalam pasukan eCommerce kami tepat pada masanya, dan merupakan satu langkah yang berani bagi kami. Kami akan terus mengembangkan pasukan kami untuk memajukan lagi penawaran perusahaan kami sebagai penyedia penyelesaian yang menyeluruh, dan cita-cita kami untuk menjadi peneraju eCommerce terkemuka di negara ini,” kata Senthil Balan Danapalan, Ketua Pembangunan Perniagaan di Maxis.

Maxis kini merupakan satu-satunya penyedia penyelesaian e-dagang yang menyeluruh di Malaysia, khususnya dalam jenama fesyen dan runcit.

Penyelesaian Maxis eCommerce terdiri daripada 3 proposisi teras:

  1. Membina: Pembangunan kedai web, termasuk khidmat nasihat tentang reka bentuk dan peembinaan laman web yang optimum, dan menguruskan integrasi dengan pihak ketiga seperti pembayaran dalam talian, logistik & plug-in.
  2. Menguatkan: Perkhidmatan pemasaran digital, dengan memanfaatkan kepakaran rakan kongsi dalam pemasaran digital, kempen promosi dan menguatkan kehadiran kedai atas talian.
  3. Mengoptimumkan: Tinjauan dan analisis, dengan mengoptimumkan laman web & usaha-usaha pemasaran dengan papan pemuka (dashboard) & analisis untuk membantu PKS membuat keputusan dengan pantasMaxis telah melihat keupayaan e-dagangnya dipercepatkan melalui kerjasama baru-baru ini dengan beberapa PKS, yang telah mengubah perniagaan masing-masing melalui kuasa e-dagang. Sesetengah jenama telah mengalami peningkatan pelanggan sebanyak lebih daripada 30% dan peningkatan jualan atas talian sebanyak sekurang-kurangnya 40% dalam 6 bulan pertama mereka melancarkan perniagaan atas talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis eCommerce, layari kami di www.maxis.com.my/ecommerce atau hubungi 1-800-82-1919. Untuk maklumat lanjut tentang portfolio dan keupayaan Optima, layari www.optima.com.my/.

Archives
Tags