Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

UKM Berkerjasama Dengan Maxis Untuk Memberi Akses WiFi Di Seluruh Kampus Untuk Sambungan Menyeluruh


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maxis bekerjasama untuk membolehkan 13 kampus UKM di seluruh negara disambungkan menerusi perkhidmatan WiFi Maxis.

Sejumlah 30,000 pelajar UKM dapat menikmati pengalaman “Sentiasa Terhubung” dan “Bebas Bimbang” bila-bila masa, di mana sahaja melalui rangkaian 4G LTE terbaik di negara ini. Selain daripada akses WiFi di kampus, bas UKM terpilih yang menggunakan laluan kampus Bangi juga dilengkapi dengan WiFi percuma untuk memastikan pelajar khususnya disambungkan apabila dalam perjalanan.

“Keazaman UKM untuk melahirkan generasi digital sangat tinggi dan pada masa ini setiap warga sama ada kakitangan mahupun pelajar telah bergerak sederap dan seiringan membudayakan agenda kebitaraan UKM menggunakan pengetahuan hasil daripada sokongan dan kecerdasan teknologi ICT yang sesuai dalam semua UKM aktiviti seperti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta rangkaian masyarakat dan industri. Kerjasama dengan Maxis sudah tentu merancakkan lagi keinginan UKM melalui penglibatan dalam 6 bidang Kerberhasilan Utama (KRA) UKM untuk membentuk peradaban bangsa Malaysia pada era digital,” kata Prof Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shanti Jusnita Johari, Ketua Produk Perusahaan Maxis berkata, “Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan UKM dan kami percaya bahawa kami adalah rakan kongsi yang sesuai kerana Maxis sendiri sedang menerusi digitalisasi. Di Maxis, kami menyedari bahawa pendidikan adalah sektor kritikal dimana akses kepada komunikasi dan teknologi canggih dapat memainkan peranan penting dalam memacu kecemerlangan. Dengan menyediakan sambungan kepada komuniti kampus, kami membantu para pelajar dan ahli fakulti bersambung di mana sahaja mereka berada.”

Kerjasama ini juga meliputi inisiatif pembangunan pelajar seperti peluang latihan dengan Maxis, program keusahawanan pelajar, ceramah kepimpinan oleh pihak pengurusan kanan Maxis, dan lain-lain.

Archives
Tags