Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Satu Penyelesaian Komunikasi Yang Lengkap, Maxis ONEBusiness Office, Untuk PKS Di Sabah Dan Sarawak


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah kini boleh menikmati Maxis ONEBusiness Office, satu penyelesaian yang lengkap untuk semua keperluan sambungan perniagaan mereka. Penyelesaian tersebut ditawarkan dengan panggilan dan SMS tanpa had, data yang boleh dikongsi dan fleksibiliti untuk memilih dari pelbagai peranti 4G. Lebih penting lagi, ia memastikan bahawa pekerja sentiasa bersambung sama ada mereka berada di luar atau dalam pejabat.

Dengan Maxis ONEBusiness Office, PKS akan mendapat:

Tiga talian mudah alih dan satu Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap pada harga RM320 dengan panggilan dan SMS tanpa had

Sehingga 135GB data yang boleh dikongsi supaya syarikat dapat menyesuaikan peruntukan data untuk memenuhi keperluan setiap pekerja

Pilihan peranti 4G terkini

• Pilihan untuk menambah sehingga 11 talian tambahan pada hanya RM48 setiap talian dan menikmati data sebanyak 5GB dengan panggilan dan SMS tanpa had bagi setiap talian

• Pilihan untuk menambah Internet Fiber ONEBusiness pada harga istimewa sebanyak RM168 (tawaran masa terhad sehingga 31 Mac)

“Di pasaran yang semakin digital hari ini, ia adalah penting bagi PKS untuk dilengkapi dengan penyelesaian perniagaan yang relevan untuk terus berdaya saing. Dengan ONEBusiness Office kami, PKS di Sabah akan mempunyai akses kepada penyelesaian perniagaan yang menyeluruh tanpa perlu berasa bimbang tentang menguruskan berbilang akaun. Ini membolehkan mereka lebih berfokus kepada mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, ONEBusiness disokong oleh rangkaian No. 1 4G negara,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

“Penggunaan data di kalangan para pelanggan Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di negara ini. Oleh itu, penyelesaian ini yang memberikan data yang begitu banyak amat menarik kepada PKS yang ingin mengoptimumkan kos mereka. Dan dengan pengembangan berterusan rangkaian 4G di Sabah, lebih banyak perniagaan akan dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di pejabat dan juga di luar,” kata Ng Chak Khin, Ketua Wilayah Sabah Maxis.

Rangkaian 4G LTE terkemuka Maxis adalah yang terluas di Malaysia dan kini telah mencapai 89% daripada penduduk negara. Di Kota Kinabalu dan Kuching, Maxis mempunyai lebih daripada 98% liputan 4G dan lebih daripada 80% di kawasan-kawasan luar bandar. Khususnya di Sabah, rangkaian 4G LTE Maxis kini terdapat di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Keningau, Tawau, Putatan, Semporna, Kota Belud, Papar, Beaufort serta Kudat, Sipitang, Ranau, Kota Marudu dan Kunak. Bandar-bandar utama dengan liputan fiber termasuk Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Lahad Datu. Liputan fiber akan diperluaskan ke bandar-bandar lain pada masa akan datang. Untuk menyemak ketersediaan fiber, sila lawati kami di http://bit.ly/2bybiux

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Maxis ONEBusiness Office, sila layari kami di www.maxis.com.my/onebusinessoffice atau hubungi kami di 1700-81-8881.

Archives
Tags