Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hidupkan 'Huat' Pada Tahun Baru Cina Ini Dengan Ang Pao HuatAR Maxis!


Bagi rakyat Malaysia, tarian singa tradisional merupakan satu upacara meminta tuah dan kemakmuran - disimpulkan sebagai ‘huat’ - ke rumah semasa musim perayaan.

Pada tahun ini, Maxis memperkenalkan cara baharu untuk anda mengalami tarian singa dengan Ang Pao HuatAR, satu paket ang pao yang pertama seumpamanya yang membantu ‘menghidupkan’ singa Ah Huat dengan menggunakan realiti tambahan (augmented reality - AR). Bukan sekadar menonton tarian singa, kini anda boleh menjadi sebahagian daripadanya - melalui aplikasi Maxis HuatAR!

“Di Maxis, kami percaya bahawa musim perayaan yang meriah ini dan symbol-simbol positif patut dinikmati oleh seberapa ramai orang yang mungkin. Dengan kempen HuatAR ini, kami telah menjadikan tarian singa, iaitu sebuah simbol tuah dan kemakmuran, kepada satu pengalaman yang boleh diakses dengan kuasa teknologi. Dengan menggunakan realiti tambahan - atau AR, secara ringkas - pelanggan kami kini boleh menyambut Tahun Baru Cina dengan cara yang inovatif dan menghiburkan,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama.

Berikut adalah cara-cara untuk mengakses HuatAR:

1) Sebaik sahaja menerima ang pao, imbas kod QR yang terdapat di penutup untuk memuat turun aplikasi HuatAR di Google Play Store atau Apple App Store. Secara alternatif, anda boleh melawat www.maxis.com.my/HuatAR

2) Muat turun dan buka aplikasi HuatAR dan imbas bahagian depan ang pao anda

3) Ah Huat akan ‘dihidupkan’ dengan serta-merta di skrin anda!

Ang pao HuatAR Maxis ini disediakan dalam tiga warna dan reka bentuk iaitu merah, emas dan merah jambu. Setiap reka bentuk ang pao akan menonjolkan Ah Huat yang unik dengan gerak tariannya yang tersendiri.
 

Maxis HuatAR Ang Paos 3 Designs


Untuk menerima satu set ang pao yang unik ini, pelanggan hanya perlu membuat pembelian di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis mulai hari ini, 1 Februari. Buat masa ini, pelanggan boleh memilih dari pelbagai peranti Samsung, Huawei, Oppo dan banyak lagi pada hanya RM1, apabila mereka mendaftar untuk MaxisONE Share Line.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baru Cina HuatAR Maxis, layari www.maxis.com.my/HuatAR

Archives
Tags