Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Nikmati Lebih Diskaun Bagi Tempahan Penerbangan Malaysia Airlines, Eksklusif Untuk Pelanggan Maxis & Hotlink

 

Maxis telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan para pelanggan pascabayar dan prabayar dengan tawaran menarik, keatas nilai hebat yang disediakan dari Travelicious Deals Malaysia Airlines (MAS).

Tawaran ini termasuk:

  1. Sehingga 10% diskaun tambahan keatas diskaun tawaran Travelicious Deals Malaysia Airlines
    • Buat tempahan penerbangan sepanjang tempoh jualan eksklusif selama 2 hari pada 12 dan 13 Ogos 2018 dan dapatkan diskaun tambahan sehingga 10%
    • Tempahan adalah untuk perjalanan dari 19 Ogos 2018 hingga 30 Jun 2019
    • Promosi ini boleh didapati melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz dan Hotlink Postpaid Flex
  2. Menangi naiktaraf percuma dari Kelas Ekonomi ke Perniagaan ke destinasi terpilih
    • Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menempah tiket Kelas Ekonomi ke Tokyo (NRT), Seoul (ICN) dan Sydney (SYD) sepanjang tempoh kempen (12 & 13 Ogos) secara automatik akan layak untuk memenangi naik taraf percuma ke Kelas Perniagaan
    • Peningkatan ini hanya sah untuk perjalanan dari 15 September hingga 15 November 2018 ke destinasi-destinasi diatas
    • Terdapat enam tiket naiktaraf ke Kelas Perniagaan yang akan diberikan

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz atau Hotlink Postpaid Flex dari Google Play Store atau Apple App Store
  2. Klik pada Deals dan pilih “Malaysia Airlines Travelicious Deals”
  3. Muat turun kod promo dan klik pada pautan di bahagian bawah halaman Deals untuk membuat tempahan penerbangan

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Malaysia Airlines secara eksklusif untuk promosi Travelicious Deals ini. Memandangkan lebih banyak rakyat Malaysia suka mengembara, tawaran yang terhad ini pastinya akan mendapat sambutan yang hebat oleh mereka yang suka melancong, terutamanya apabila mereka merancang percutian seterusnya. Pelanggan Maxis sentiasa boleh menantikan lebih banyak ganjaran dan tawaran. Itulah sebabnya kami teruja dengan tempoh jualan eksklusif, diskaun tambahan dan peraduan naiktaraf percuma. Aplikasi kami adalah saluran utama bagi program ganjaran kami supaya pelanggan dapat menantikan lebih daripada 250 tawaran untuk memuat turun, menebus dan menikmati dengan serta-merta,” kata Tai Kam Leong, Ketua Penjenamaan & Perkongsian Maxis.

Seperti biasa, pelanggan yang mengembara boleh menikmati perayauan di lebih daripada 100 negara dengan MaxisONE World Pass pada hanya RM38 setiap hari. Sekiranya mereka melancong ke negara-negara ASEAN, mereka boleh membeli pas Maxis FamilyRoam yang mengupayakan semua pengguna Share Lines pada pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had percuma di sembilan negara ASEAN.

Untuk butiran lanjut mengenai promosi Maxis dan MAS ini, sila layari www.maxis.com.my/mh-travelicious

Archives
Tags