Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Nikmati 61GB Internet Berkelajuan Tinggi PERCUMA Dengan Jualan Gegar GIGA HotlinkMU!


Pelanggan Hotlink kini boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi 61GB PERCUMA, SEPANJANG HARI sebagai sebahagian daripada Jualan Gegar GIGA HotlinkMU sempena bulan kemerdekaan ini. Apa yang perlu mereka lakukan ialah membeli mana-mana HotlinkMU GIGA Deals secara eksklusif di aplikasi Hotlink RED, dan dengan serta-merta menikmati data percuma untuk SEMUA keperluan Internet mereka, pada bila-bila masa, tanpa batasan atau sekatan.

Internet percuma ini adalah manfaat tambahan keatas tawaran terbaik dan disesuaikan yang sudah boleh dinikmati oleh para pelanggan HotlinkMU setiap hari, seperti pas penstriman dan sosial terbaik, data Internet serta panggilan. Para pelanggan akan menerima tawaran HotlinkMU baharu setiap hari yang paling sesuai untuk keperluan mereka pada nilai terbaik.

“Sempena bulan kemerdekaan ini, kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan dalam bentuk lebih banyak data untuk semua keperluan Internet mereka. Dengan HotlinkMU, mereka sudah menikmati tawaran yang hebat, dan kini dengan Jualan Gegar GIGA HotlinkMU, kami memberi mereka data tambahan secara percuma, tanpa sebarang syarat. Lebih-lebih lagi, mereka boleh menikmati pengalaman Internet yang terbaik, bila-bila masa, di mana sahaja dengan rangkaian 4G No. 1 kami,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Untuk membeli HotlinkMU GIGA Deals, pelanggan hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED dari Google Play Store atau Apple Store
  2. Pilih HotlinkMU GIGA Deals di tab HOME & SHOP
hotlink mu giga sale
hotlink mu giga sale

3. Apabila anda berjaya membeli pas, data 61GB PERCUMA akan diaktifkan secara automatik untuk anda

hotlink mu giga sale
hotlink mu giga sale

Ketahui lebih lanjut mengenai Jualan Gegar GIGA HotlinkMU di sini:

https://www.hotlink.com.my/en/rewards/hotlinkmu.html

Archives
Tags