Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melancarkan Pusat Maxis Baru Di AEON Mall, Kuching Central


Maxis kini mempunyai 10 Pusat Maxis di Sarawak, berikutan pelancaran kedai terbaharu minggu lalu di Kuching Central. Kini, bilangan Pusat Maxis yang dimodenkan di seluruh negara adalah sebanyak 63. Selain Pusat Maxis, terdapat 197 Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, dimana lapan daripadanya terletak di Sarawak.

Mengulas mengenai pembukaan kedai terbaharu ini, Alexius Bong, Ketua Wilayah Maxis di Sarawak berkata, “Kami amat teruja dengan pelancaran Pusat Maxis baharu kami, kerana ia akan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat untuk Internet mudah alih dan perkhidmatan gaya hidup. Kedai ini akan menawarkan pelan dan penyelesaian menarik seperti MaxisONE Prime, Hotlink Postpaid Flex, perkhidmatan Internet fiber rumah, serta peranti pintar dan aksesori untuk pelanggan individu dan perusahaan. Ini boleh didapati melalui program ‘mudah dimiliki’ dan ‘bebas bimbang’ seperti Zerolution. Pelanggan kami di Sarawak menggunakan purata data lebih daripada 9GB sebulan, satu petunjuk jelas bahawa mereka amat sukakan Internet. Untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan, kami terus melabur dalam rangkaian 4G LTE No. 1 kami yang kini meliputi lebih daripada 40 bandar, termasuk bandar-bandar pedalaman di Sarawak.”

Bagi masa yang terhad sahaja, pelanggan yang mendaftar untuk pelan atau membeli peranti di Pusat Maxis terbaharu ini akan membawa pulang premium eksklusif secara percuma. Lawati kedai ini di G22, Aras Bawah, AEON Mall, Kuching Central.

AEON Kuching Maxis

Gambar 1: Pasukan Maxis AEON Mall bersedia untuk menjemput pelanggan ke kedai terbaharu.

Inside the Maxis store

Gambar 2: Pusat Maxis baharu di AEON Mall, Kuching Central menyediakan tawaran terbaik untuk Internet mudah alih, peranti dan penyelesaian mudah alih.

Archives
Tags