Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Catatkan Prestasi Kewangan Yang Stabil Pada Suku Pertama 2018

 

Maklumat Penting: Tahun-ke-tahun - Suku Pertama 2018 Berbanding Suku Pertama 2017:

  • Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) yang dinormalkan stabil pada RM510 juta, didorong oleh perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA) yang kukuh
  • EBITDA yang dinormalkan terus stabil pada RM1,020 juta, menurun sedikit daripada RM1,024 juta tahun lalu. Margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) tinggi pada 51.5% berbanding 49.3% tahun lalu, mencerminkan hasil positif daripada inisiatif pengoptimuman kos
  • Hasil perkhidmatan menurun sedikit ke RM1,980 juta daripada RM2,076 juta tahun lalu disebabkan persaingan sengit, terutamanya dalam pasaran prabayar
  • Hasil pascabayar meningkat 5.2% tahun ke tahun kepada RM985 juta daripada RM936 juta tahun lalu, mencatatkan pendaftaran talian tambahan tertinggi dan peningkatan purata hasil setiap akaun (ARPA) melalui tawaran mudah alih dan tetap. Ini disokong oleh purata hasil setiap pengguna (ARPU) pascabayar bulanan yang tinggi sebanyak RM92 dan Pelan MaxisONE (MOP) yang terus menarik pelanggan bernilai tinggi. MOP telah mendaftar penambahan baharu sebanyak 283,000 tahun ke tahun, menjadikan jumlah pelanggan sebanyak 2.0 juta
  • Hasil prabayar menurun kepada RM849 juta daripada RM1,006 juta pada tahun lalu disebabkan oleh asas langganan yang lebih rendah. Ini didorong oleh persaingan harga yang agresif, penyatuan SIM berterusan dan perpindahan ke pascabayar. kami terus mengekalkan penembusan Internet Mudah Alih (Mobile Internet - MI) yang tinggi sebanyak 73%, yang menyokong ARPU prabayar tinggi sebanyak RM41 sebulan
  • Mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham

 

Suku Pertama Yang Stabil:

  Suku pertama 2018 (RM’juta) Suku pertama 2017 (RM’juta) Tahun ke tahun (%)
Hasil perkhidmatan 1,980
2,076
4.6
EBITDA Dinormalkan
1,020
1,024
0.4
PAT Dinormalkan
510 510 -
Perbelanjaan Modal 107 162 -

 

Memberi Pengalaman Tanpa Berasa Bimbang Kepada Pelanggan Kami:

  • Penggunaan data yang dicampur meningkat hampir dua kali ganda kepada 7.7GB dari 4.3GB sebulan tahun lalu. Ini disokong oleh peningkatan dalam penembusan telefon pintar yang mencapai 82% berbanding 78% tahun lalu
  • Rangkaian 4G LTE No. 1 kami adalah yang paling luas di negara dengan liputan penduduk sebanyak 92%. Kami terus mempunyai rangkaian data terbaik - Maxis telah dipilih sebagai Penyedia Telco Terbaik selama tiga tahun oleh Lowyat.NET Community Choice Awards Malaysia serta Rangkaian LTE Terbaik selama empat tahun berturut-turut
  • Untuk memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman penstriman mudah alih yang terbaik, kami melabur RM107 pada suku pertama.
  • Untuk menyokong perniagaan Malaysia supaya beralih digital, kami telah membangunkan penyelesaian pintar untuk menguatkan kuasa Internet dalam mengupayakan cara-cara bekerja yang baharu untuk pelanggan korporat dan perniagaan kecil sederhana (PKS) kami. Tawaran Internet of Things (IoT) Maxis termasuk mDrive, penyelesaian penjejakan kenderaan yang membolehkan perniagaan mengurangkan kos dan mempromosikan tabiat memandu yang lebih selamat dalam pengurusan kenderaan syarikat
  • Sambutan yang mengalakkan bagi produk-produk terbaru Hotlink
    • Hotlink RED membolehkan pelanggan menikmati Internet dengan cara yang mereka gemari, tanpa sekatan masa atau penggunaan
    • Pelan pascabayar yang pertama seumpamanya, Hotlink Postpaid Flex menawarkan pelanggan yang terbaik dari kedua-dua prabayar dan pascabayar dalam satu pelan, dan memberikan pelanggan kawalan dan kemudahan untuk mengalami Internet mengikut kehendak mereka

 

Komen Dari Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Kami telah merekodkan suku yang stabil dengan EBITDA yang kukuh dan margin EBITDA yang tinggi dalam pasaran yang amat kompetitif. Fokus kami adalah untuk terus menyediakan produk yang menarik, sambungan rangkaian yang hebat dan pengalaman tanpa berasa bimbang kepada pelanggan kami. Semua ini akan bertambah baik seiring dengan cita-cita kami untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya.”Untuk menyaksikan video keputusan kewangan Maxis bagi suku pertama 2018, sila klik di sini:https://www.youtube.com/watch?v=Nyn0zWLPsYY&feature

 

Archives
Tags