Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Dapatkan Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Had Pada Hanya RM1 Dengan Ookyo, Dikuasai Oleh Maxis 4G

 

Pernah tertanya apakah maksud ‘Internet tanpa had’? Mulai sekarang hingga 5 Disember, pelanggan yang mendaftar ke ookyo boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi yang benar-benar tanpa had pada hanya RM1 bagi bulan pertama. ookyo, yang dikuasai oleh Maxis 4G, adalah pelan internet digital 100% yang menawarkan Internet berkelajuan tinggi tanpa had – tiada batasan sekatan atau masa tertentu - bagi pelbagai aplikasi. Pendek kata, tiada terma dan syarat khas untuk tawaran 4G ini.

Di samping itu, keseluruhan perkhidmatan dan pengalaman boleh diuruskan sendiri dengan mudah dari aplikasi ookyo, termasuk pembayaran bil, pengurusan akaun dan perkhidmatan pelanggan dengan chatbot.

truly unlmited internet

 

“ookyo telah dibangunkan dari idea untuk menghasilkan sebuah produk digital 100% yang benar-benar inovatif dan menawarkan proposisi Internet yang hebat. Ia direka untuk mereka yang gemarkan Internet. Dengan ookyo, pengguna akan menikmati Internet berkelajuan tinggi tanpa had 24/7 bagi aplikasi kegemaran mereka, tanpa batasan atau sekatan, menikmati video dan penstriman langsung di aplikasi popular seperti Facebook dan Instagram, dan juga ganjaran Google Play yang hebat - semuanya dalam satu aplikasi. Selain itu, ookyo dikuasai oleh rangkaian 4G Maxis, jadi anda akan mendapat sambungan yang pantas dan boleh dipercayai untuk semua keperluan Internet anda,” kata Maybel Chan, Ketua ookyo.

Apa yang boleh pelanggan dapat dengan ookyo? Butir-butirnya adalah seperti berikut:

  •  Internet berkelajuan tinggi tanpa had pada hanya RM1 - Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menikmati ookyo untuk RM1 bagi bulan pertama (harga biasa RM30 sebulan). Mereka boleh memilih sama ada pek Sosial atau Hiburan dan mendapatkan Internet tanpa had untuk semua aplikasi dalam pek pilihan mereka, yang termasuk aplikasi chat popular seperti WhatsApp, Line dan WeChat. Ini juga termasuk semua video dalam dan penstriman langsung, selagi aplikasi itu adalah sebahagian dalam pek atau mempunyai Pas Internet Tanpa Had. Pelan ini termasuk 3GB untuk aplikasi lain yang tidak termasuk dalam pek tersebut.
  •  Kredit Google Play percuma - Nikmati 20% kredit Google Play setiap kali mereka berbelanja di kedai ookyo semasa tempoh promosi dan 10% kembali apabila mereka memperbaharui pelan mereka dari bulan ke-2 seterusnya. Kredit ini boleh digunakan untuk langganan apikasi, pembelian in-app serta pembelian filem, buku dan majalah di Play Store.
  • Pas tanpa had bagi 100+ aplikasi - Untuk serendah RM3 sebulan, pelanggan boleh menikmati Internet tanpa had bagi aplikasi popular, merangkumi permainan, filem, muzik, dan banyak lagi. Senarai aplikasi akan ditambah dan diperbaiki dari masa ke masa dengan maklum balas daripada pengguna.
  • Rangkaian yang boleh dipercayai - ookyo dikuasakan oleh Maxis 4G, dan ini bermakna pelanggan boleh menikmati pengalaman Internet yang amat pantas dan lancar.
    Untuk mula menikmati ookyo, muat turun aplikasi ookyo dari Google Play Store. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ookyo dan kempen terbaharu ini, lawati www.ookyo.com.my atau https://www.facebook.com/myookyo/
Archives
Tags