Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Penempatan Persendirian Maxis Menjana RM1.7 Billion

Maxis


Berikutan kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, Maxis telah mengumumkan bahawa latihan pembinaan tempahan (book-building) bagi terbitan 300 juta saham baharu Maxis secara penempatan persendirian kepada pelabur telah selesai. Ia telah mendapat permintaan daripada pelabur institusi tempatan dan asing dimana dengan tempahan telah terpohon beli berlebihan (oversubscribed). Harga terbitan telah ditetapkan pada RM5.52 bagi setiap penempatan saham, iaitu diskaun kira-kira 6% pada harga penutup Maxis pada 16 Jun 2017. Hasil yang diperoleh daripada laithan penjanaan dana ini adalah lebih kurang RM1,656 juta. Ekuiti baharu ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan Kumpulan Maxis dan akan memberi fleksibiliti untuk membiayai yuran penguntukan spektrum masa depan dan strategi pertumbuhan. Kami menjangkakan penempatan persendirian ini akan selesai pada akhir bulan Julai 2017.

Sila rujuk kepada kenyataan Bursa Malaysia di sini: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5465069

Archives
Tags