Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Merekodkan Suku Kedua Yang Kukuh Dengan Peningkatan Hasil Dan Keuntungan

 

Tahun ke tahun – Suku kedua 2017 berbanding suku kedua 2016:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 3.3% ke RM2,122 juta berbanding RM2,055 juta tahun lalu, disokong oleh pengekalan prestasi pascabayar dan prabayar walaupun menghadapi persaingan yang sengit
  • Hasil pascabayar meningkat 2.0% ke RM998 juta berbanding RM978 juta tahun lalu, dengan asas pelanggan yang kukuh menghampiri 1.9 juta pelanggan
    MaxisONE dengan purata hasil setiap pengguna (average revenue per user - ARPU) bulanan sebanyak RM120
  • Hasil prabayar meningkat 2.9% ke RM984 juta berbanding RM956 juta pada suku kedua tahun lalu. Hotlink FAST, peneraju pasaran prabayar 4G dengan ARPU yang tinggi sebanyak RM44, mempunyai lebih dari 1.8 juta langganan yang telah meningkat tiga kali ganda dari tahun lalu
  • Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA) dinormalkan meningkat sebanyak 9.3% ke RM1,104 juta berbanding dengan RM1,010 juta tahun lalu, mencerminkan peningkatan hasil yang stabil dan kawalan kos yang baik. Margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) turut kukuh pada 52.0%
  • Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) dinormalkan meningkat 14.2% kepada RM484 juta daripada RM424 juta, dipacu oleh EBITDA yang lebih tinggi dan caj harta tanah, loji dan kelengkapan yang lebih rendah
  • Mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak lima sen sesaham

 

Tahun ke tahun – Setengah tahun pertama 2017 berbanding setengah tahun pertama 2016:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 1.8% ke RM4,251 juta berbanding RM4,177 juta tahun lalu
  • EBITDA dinormalkan meningkat 2.6% ke RM2,227 juta berbanding RM2,171 juta
  • PAT dinormalkan meningkat 9.5% ke RM998 juta dari RM911 juta

 

Prestasi kewangan yang kukuh bagi suku kedua:

  Suku kedua 2017 (RM’juta)
Suku kedua 2016  (RM’juta)
Tahun ke tahun (%)
Setengah tahun pertama 2017  (RM’juta)
Setengah tahun pertama 2016  (RM’juta)
Tahun ke tahun (%)
Hasil perkhidmatan 2,122
2,055
3.3
4,251
4,177
1.8
EBITDA Dinormalkan
1,104
1,010
9.3
2,227
2,171
2.6

PAT

Dinormalkan

484
424
14.2
998
911
9.5
Perbelanjaan  Modal 211
328
  373
488
 


Memperkuatkan usaha dalam memberi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Semakin ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman data yang pantas di rangkaian 4G LTE terkemuka kami yang kini telah mencapai 89% daripada penduduk negara.
  • Rakyat Malaysia sukakan Internet, dan ini terbukti apabila penggunaan data LTE telah meningkat hampir dua kali ganda dari 3.7GB sebulan pada suku kedua tahun lalu ke 7.0GB suku kedua ini. Kami mengakhiri suku ini dengan 5.6 juta pengguna 4G LTE, meningkat dari 3.5 juta setahun yang lalu
  • Langganan pelan MaxisONE yang kukuh dengan pelan pemilikan telefon pintar kami yang lebih mudah - Zerolution dan kempen Power of ONE
  • Peningkatan data terkini, Hotlink Happy Hour, terus menarik langganan ARPU prabayar 4G yang tinggi. Pelanggan boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi percuma sehingga 30GB setiap bulan
  • Pengurangan yang signifikan dalam aduan kerana pelanggan menikmati produk kami yang bebas bimbang. Mereka juga mempunyai lebih kawalan dan fleksibiliti untuk menguruskan transaksi mereka dengan aplikasi kami - MyMaxis dan Hotlink RED.
  • Internet berkualiti tinggi adalah keutamaan kami. Kami melabur RM373 juta dalam perbelanjaan modal bagi setengah tahun pertama 2017 dan akan terus membuat pelaburan besar untuk memastikan pelanggan kami menikmati pengalaman penstriman mudah alih terbaik

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Secara keseluruhannya, suku kedua adalah suku yang amat positif. Kami merekodkan prestasi kewangan yang kukuh dengan skor kepuasan pelanggan yang paling tinggi yang pernah kami rekodkan. Keutamaan kami adalah untuk terus memberi pengalaman rangkaian yang terbaik dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi di semua saluran. Ini akan menjadi lebih baik apabila kami mencapai pendigitalan sepenuhnya dan kami berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai cita-cita ini.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku kedua 2017 Maxis, sila klik di sini: https://youtu.be/L90AFz44SnU

Archives
Tags