Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis 4G Menghasilkan Sebuah Filem Baru Sempena Tahun Baru Cina, Selepas Memenangi Iklan YouTube Terbaik Dengan ‘The Last Kite Maker’

 

Maxis 4G Films amat berbangga untuk memperkenalkan ‘The 50-Year Promise’, sebuah filem pendek yang menyayat hati mengenai adik-beradik yang sudah terpisah dan ingin mencari satu sama lain dengan menggunakan teknologi. Dalam usaha untuk membawa anda sebuah kisah penyatuan semula yang luar biasa tahun ini, Maxis sekali lagi telah berkerjasama dengan pasukan sama yang menghasilkan filem 'The Last Kite Maker', yang baru-baru ini telah memenangi Iklan YouTube Terbaik 2016.

Diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘The 50-Year Promise’ bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersatu kembali dengan keluarga dan rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina ini, tidak kira berapa jauh atau berapa lama mereka tidak berjumpa, menggunakan Internet.

Saksikan filem 4G terbaru kami ‘The 50-Year Promise’ di sini (lebih baik dinikmati pada skrin mudah alih dengan Maxis 4G): https://www.youtube.com/watch?v=9GgMGb01fW0

“Di Maxis, kami ingin melihat platform teknologi baru seperti video secara langsung (live) memberi kuasa kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia. Internet bukan sahaja sebuah tempat untuk golongan muda, tetapi juga mampu menawarkan pengalaman yang bermakna untuk semua pengguna,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

“Mengikut Facebook, pengguna menghabiskan 3 kali lebih banyak masa menonton video LIVE berbanding video yang tidak LIVE, menjadikannya sebuah alat yang berkesan untuk sesiapa sahaja menyebarkan mesej. Kami berharap filem Tahun Baru Cina ini menunjukkan kuasa video LIVE dengan cara yang baru dan lebih mendalam, dan juga menunjukkan perbezaan antara rangkaian 4G yang baik dan yang hebat seperti Maxis 4G,” tambahnya.
 

A good connection keeps you in touch. A great one gets you home

Maxis adalah peneraju 4G LTE di Malaysia dari segi liputan penduduk (88%), pengalaman data dan inovasi. Maxis baru-baru ini dipilih oleh rakyat Malaysia dalam mempunyai Rangkaian 4G LTE Terbaik di Malaysia oleh Lowyat.NET 2016 Community Choice Awards, untuk tahun kedua berturut-turut.

‘The 50-Year Promise’ merupakan filem ketiga dalam siri filem Maxis 4G. Tahun lalu, Maxis menghasilkan dua filem, The Road Trip (www.youtube.com/watch?v=dFMH4CIoSrQ) dan filem bertemakan Merdeka, The Last Kite Maker (www.youtube.com/watch?v=M0J52JlPy0c), yang telah dianugerahkan tiga Anugerah Iklan YouTube 2016 termasuk Iklan YouTube Terbaik.

the 50 year promise
Archives
Tags